Nuff Head

26 November 2010

DARI MUKAH : "Penyakit misteri" yang pertama dalam sejarah?


  seksi dan misteri (sekadar gambar hiasan)

Dikabarkan sejak September 2009, seramai 27 keluarga di Mukah mengalami  'penyakit misteri' yang serius. Menurut laporan media pro Pakatan di Sarawak, semua penduduk yang tinggal 300 meter dari tempat Aluminium Smelting Plant di Mukah telah dijangkiti penyakit misteri tersebut.

Laporan tersebut turut menjelaskan, penyakit misteri telah menyerang penduduk sekitar sejak sebelum Aluminium Smelting Plant beroperasi. Iaitu semasa kilang aluminium tersebut baru dalam pembinaan.

Difahamkan ramai penduduk mengalami batuk-batuk, pening kepala, masalah kulit mengelupas dan kesukaran bernafas. inilah yang mengundang simpati penyokong Anwar Ibrahim.

Lebih misteri, bila penyakit yang dimaksudkan cuma menyerang masyarakat Iban, meskipun di kawasan sekitar terdapat penduduk kaum melanau dan cina. Jelas sekali penyakit misteri bukan sekadar misteri, malah sangat rasis?

Ternyata penyakit tersebut memiliki agen-agen rasis yang akan menyerang dan menjangkiti satu kaum saja. ini bukan lagi masalah genetic, tapi jelas satu epedemik yang amat luar biasa.


Kenyataan ini dapat dibuktikan bila beberapa pakar pro 'Pakatan' mengatakan penyakit tersebut boleh merebak melalui air hujan. Namun misteri tetap terjadi, air hujan yang mengandungi virus penyakit misteri tidak mencurah keatas penduduk kaum lain. Sedangkan di kawasan Mukah dan Balingian, kaum melanau adalah penduduk majority.

Ini mungkin 'penyakit misteri' yang pertama seumpamanya di Malaysia, mungkin juga di dunia?

Mungkin juga penyakit ini ada kaitan dengan pilihanraya?

Misteriiiii….

3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...