Nuff Head

10 November 2010

Seorang lagi dikenakan tatatertib.

Semalam kita diberitahu oleh Dewan Rakyat yang pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin pula dihukum kononnya kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata, penolong pengarah BTN itu telah digantung tugasnya pada 6 Oktober lalu serta diberikan surat amaran.

Pada perjumpaan tertutup majlis anjuran Puteri Umno pada 27 Sept lalu, Hamim dilapor merujuk masyarakat Cina sebagai si sepet mata dan masyarakat India pula sebagai si kaki botol.

Selain Hamim, dua pengetua - di Kulaijaya, Johor dan Bukit Selambau, Kedah - juga telah dikenakan tindakan kerana kesalahan yang hampir sama.

Kedua-dua pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra di Johor, Siti Aishah Mansor, dan pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani di Kedah, Ungku Aznan Ungku Ismail digantung jawatan mereka.

Mereka kini ditugaskan menjalankan kerja-kerja pejabat di jabatan pelajaran di negeri masing-masing.

Wow, hebat sungguh. Cepat betul kesemua mereka ini dikenakan tindakan, maklumlah, semuanya pegawai kerajaan jadi kenalah ikut peraturan yang ditetapkan.

Dalam hal ini, saya tak mahu ulas panjang walaupun terus-terang, saya cukup sakit hati dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka semua.

Persoalannya sekarang, bagaimana dengan pemuda berasal dari Muar, Johor, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee?



Namewee terang-terangan menghasilkan klip video terbaru berjudul Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!! yang dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya, Johor, yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya, 12 Ogos lalu.

Namewee, 27, dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.

Selain itu, dalam klip video yang turut mempersendakan ibadat puasa di laman web Youtube, dia berulang kali menunjuk isyarat lucah serta mencarut.

Persoalannya, sampai bila kita asyik nak dengar alasan yang kononnya kertas siasatan terhadap Namewee dah dibawa ke Peguam Negara?

Sampai bila kita nak dengar alasan Rais Yatim kata kononnya kekurangan bukti dan ketiadaan pakar forensik komputer antara perkara yang menyebabkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) gagal membawa beberapa kes penghinaan dan hasutan yang berlaku dalam laman web ke mahkamah.

Rakyat amnya dan orang Melayu khususnya, tak mau dengar semua itu

Yang mereka nak tahu, bila Nameee akan didakwa?

Adakah kerana dia bukan kakitangan awam maka tindakan tidak boleh diambil ke atasnya?

Saya cukup sokong pandangan ramai pihak yang tindakan tegas perlu dilakukan seperti melucutkan 'kerakyatan' atau ditahan di bawah ISA terhadap mereka yang tidak 'Cinta Negara' atau memperlekehkan agama Islam yang menjadi agama rasmi Malaysia.

Selain itu, pihak SKMM perlu menyusun strategi untuk menyekat komen berbau perkauman dan sensitiviti agama.

Mereka yang menghina agama dan bangsa wajar dikenakan tindakan tegas kerana kebodohan dan sikap pentingkan diri menyebabkan ancaman kepada kebebasan hidup di negara ini.

Malangnya, di saat ramai yang dikenakan tindakan disebabkan hal ini, Namewee pula terus terbang ke sana ke sini seolah-olah KEBAL daripada dikenakan tindakan undang-undang

sumber malayia instinct

Tak tahu lah macamana mereka yang arif undang-undang boleh terlepas pandang berkenaan nawawee bangang ni.Kan elok sangat jika halau dia dari bumi bertuah ini.Sebagai iktibar kepada kaum yang lain bahawa bangsa MELAYU jangan di usik apatah lagi di hina.Tetapi jika keadaan terus menerus begini  seumpama maruah MELAYU di pijak-pijak.Bila sampai satu masa nanti MELAYU tidak dapat bertolak ansur dan tercetus satu kejadian yang tidak di ingini maka barulah kerajaan akan bertindak.

Kucingitam juga memohon kepada bangsa MELAYU supaya jangan di hina bangsa lain kerana mereka jua seperti kita ingin hidup dalam suasana yang aman dan sejahtera.Bukan untuk kita sahaja tapi hingga ke anak cucu.Berpeganan tangan dalam kesusahan,berganding bahu dalam melawan anasir jahat,tolong menolong tanpa mengira bangsa.

Kita kan satu Malaysia.

Hidup bangsa Malaysia!!!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...