Nuff Head

22 November 2010

Melayu 'Cari Makan', Berhak TerhadapTanah NCR Sarawak

21 Nov 2010

KUCHING-Minggu ini heboh kes tanah NCR di Mahkamah Tinggi Borneo.  Kali ini seorang anak tempatan telah berjaya memenangi kes di mana beliau telah menyaman bukan sahaja 'Superintendent' Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak, malahan kerajaan Negeri Sarawak dan kerajaan Persekutuan (Federal).  Beliau menyaman atas dasar tanah NCR berasaskan konsep 'Cari Makan'. 

Sebelum ini terdapat kes yang hampir sama iaitu kes Nor anak Nyawai yang turut menyaman 'Superintendent' Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak.  Nor juga telah memenangi kes tersebut dengan berasaskan konsep 'Pemakai Menua'.  

Konsep ini bermaksud tanah sebelum tahun 1958 yang disekitarnya digunakan sebagai kawasan untuk memberi sumber makanan kepada kawasan yang didiami berhak dijaga dan dimiliki oleh empunya tanah.  Berdasarkan konsep ini maka kawasan tanah disekitar NCR ini berhak dimiliki oleh empunya tanah.  Sekiranya kawasan ini dipantau oleh kerajaan untuk tujuan prasarana dan pembangunan, maka empunya tanah berhak untuk menuntut kawasan tanah tersebut. 

Begitu banyak undang-undang tanah di negara ini dan berbeza mengikut kawasan dan negeri.  Walaupun demikian, kerajaan masih berhak untuk menentukan hak milik tanah berdasarkan undang-undang atau mengemukakan sebarang kekeliruan yang timbul di mahkamah.  

Dalam kes Haji Mohd Rambli bin Kawi, beliau telah diwakili oleh Baru Bian dan See Chee How.  Beliau telah memiliki tanah NCR yang dibeli melalui cara serah tanah pusaka.  Kes ini berlangsung selama 7 tahun dan akhirnya memihak kepada beliau. Dengan berakhirnya kes ini terbuktilah undang-undang di negeri Sarawak begitu tulus dan bebas daripada unsur-unsur eksekutif, politik kotor dan politik wang seperti yang selalu diura-urakan.

Sehingga kini terdapat 200 saman ke atas kerajaan yang dituntut ke atas tanah NCR.  Dengan kemenangan anak tempatan Melayu ini maka undang - undang Mahkamah Tinggi Borneo masih terbukti dapat melindungi kepentingan rakyat Sarawak.  

Tahniah MP ucapkan kepada Haji Mohd Rambli dan peguam-peguam beliau yang berjaya membuktikan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Pehin Seri Abdul Taib Mahmiud tidak memperolok-olokan institusi undang-undang.  Ini juga jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri Sarawak tidak mengamalkan politik kotor dan masalah rasuah tidak wujud sama sekali dalam negeri Sarawak khususnya Mahkahmah Tinggi Borneo.  Dacing di Sarawak masih seimbang dan tidak berat sebelah.

Ikuti kisah seterusnya di pautan saudara Melanau Blogger.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...