Nuff Head

17 November 2010

PKR Beginda tidak peluk Islam di Sarawak : Daud


MP ingin mengucapkan selamat kembali bertugas kepada Datuk Hj Daud.  Baru sahaja kembali sudah kecoh dengan isu Beginda Minda.   Ahli PKR yang pernah bertanding di Engkilili yang memutarkan isu babi di sekolah St Thomas.  Datuk Daud ni orang kuat St. Thomas, walaupun 'missionary school' banyak juga golongan pemimpin dan cendekiawan yang menuntut di sekolah ini dahulu.

Datuk Daud sebenarnya disuruh berehat, kalau doktor tahu dia sedang bekerja memang teruklah kena suruh balik ke rumah untuk berehat.   Beliau dijadualkan kembali bertugas pada 16 November ini.  

Begitulah semangat pemimpin PBB kita. Demi memperjuangkan kebenaran dan hak, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ini telah bertungkus lumus mencari maklumat mengenai Beginda Minda yang bertanding di Engkilili menggunakan nama Islam.  

Memang di Sarawak ni ada banyak kes nama orang Islam tapi tak Islam.  Jangan hairan kalau bertemu dengan masyarakat di Sarawak yang pelbagai bangsa, kaum dan agama ini.  Muka cina tapi nama melayu???  Kalau nak tahu gambar hiasan di atas tu Melayu???

Tiada rekod Beginda Minda peluk Islam

Posted on November 14, 2010, Sunday

KUCHING: Tiada rekod Beginda Minda memeluk Islam di negeri ini kata Datuk Daud Abdul Rahman Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam).

Beginda yang merupakan salah seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini menurut Daud tidak pernah mengaku memeluk agama Islam.

“Di Sarawak tiada rekod Beginda memeluk Islam dan kita mungkin meminta kerjasama Jabatan Agama negeri lain menyiasatnya,” kata Daud.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Graduasi dan Ulang Tahun Ke-25 Tadika Zasa semalam.

Namun demikian, menurut Daud dari segi undang-undang di negara ini, keluar daripada Islam atau murtad dibenarkan walaupun tidak digalakkan.

Beginda yang merupakan ayah pelajar yang dirotan kerana membawa makanan tidak halal ke sekolah baru-baru ini dikatakan pernah bertanding untuk kerusi Engkilili dan Parlimen Kapit dengan menggunakan nama Islam Norazman Abdullah.

Mengulas mengenai perkara itu Daud berkata di Sarawak, walaupun nama yang digunakan adalah nama Islam, ia tidak semestinya orang tersebut beragama Islam.

“Di negeri ini, kita dapati ramai orang Iban yang menggunakan nama seakan-akan nama orang Islam tetapi bukan beragama Islam,” katanya.

1 ulasan:

  1. banyak gilak kelakar, banyak gik kesilapan yang terdedah...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...