Nuff Head

24 November 2010

60 AHLI PR SARAWAK IKUT JEJAK ZAID!!!

Apa nak jadi ni.......Apa agaknya episod seterusnya mungkinkah ini bibit-bibit pengembumian PR di Sarawak?.wallahualam...


Seperti mana gemparnya Zaid Ibrahim, PKR Sarawak dan DAP Sarawak juga telah digemparkan dengan satu berita yang tidak kurang mampu mengejutkan jantung dan mempunyai hubung kait dengan pemecatan atau penarikan Zaid Ibrahim...yang pasti kita tunggu 16 Dis ini.

Lebih 60 orang ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak dari Kampung Koran Empaneg, kira-kira 12 km dari bandar Serian telah mengambil keputusan keluar parti dan menyertai PBB.

Menurut Anthony Nayan, Pengerusi Program Mesra Jiran menjelaskan ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak keluar parti disebabkan ketidakpercayaan mereka terhadap perjuangan parti dan hala tuju dalam politik Sarawak. Majlis penyerahan borang keahlian PBB telah disampaikan kepada Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, John David.

Walaupun berita ini tidaklah sampai mengemparkan rakyat Sarawak mahupun masyarakat Malaysia, namun bagi mereka yang terlibat tindakan ini sangat bermakna khususnya dalam merealisasikan perjuangan politik yang aman dan damai seperti yang diperjuangkan kerajaan sekarang.

Apakah tindakan ini suatu yang dirancang atau kebetulan? Walau apapun, keputusan bekas ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak ini pastinya memberikan tamparan kepada kedua-dua parti itu.

Nescaya, tindakan keluar parti tidak akan berhenti di sini dan pasti selepas ini ramai lagi ahli-ahli Pakatan Pembangkang akan keluar parti. Yang pasti perjuangan Pakatan Pembangkang di Sarawak semakin melencong dan terkeluar daripada landasan.....

SUBER DARI : WIRA KENYALANG

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...