Nuff Head

18 November 2010

Zaid digesa Cinta Malaysia

Semalam kecoh Zaid dipelawa masuk PAS, hari ini PCM pula dikatakan pernah ajak Zaid jadi geng.  Sungguh hebat Zaid sehinggakan semua nak dia masuk.  Manalah tahu dapat buka bisnis baru ke blog baru ke kalau tidak Radio Free Malaysia.  Kali ini MP terjemah Sun2Surf yang memetik akhbar Sin Chew .



Parti Cinta Malaysia Mahukan Zaid

17 Nov 201o
Kong See Hoh

PETALING JAYA  - Menurut Sun2Surf, Datuk Zaid Ibrahim telah dijumpai oleh beberapa orang Parti Cinta Malaysia (PCM) 3 bulan lepas, seperti yang dilaporkan dalam akhbar bahasa Cina.  

Sumber yang namanya tidak mahu disiarkan, yang juga merupakan seorang ahli parlimen, turut menyatakan bahawa Zaid ada memberitahu PCM yang beliau akan mempertimbangkan pelawaan mereka setelah pemilihan PKR.  

"Beliau dan beberapa orang rakan mereka berpendapat bahawa Zaid tidak akan menyertai PCM melihatkan sejarah penubuhan PCM.  PCM ditubuhkan oleh golongan yang berpecah daripada parti komponen Barisan Nasional", tambahnya.   

Dalam pemilihan PKR terdapat 6 ahli parlimen dan 3 ketua negeri iaitu dari Pahang, Sabah dan Sarawak yang menyokong Zaid,  tetapi mereka semua tidak pernah menyatakan hasrat mengikuti Zaid untuk keluar parti. 

"Apabila Zaid sudah menyatakan keputusan untuk meninggalkan parti, penyokong beliau telah berbincang mengenai hal tersebut.  Salah seorang daripada calon Majlis Tertinggi, turut menyatakan hasrat untuk mengikuti beliau tetapi tidak semua ingin meninggalkan parti", tambah ahli parlimen itu lagi.

"Parti PKR banyak masalah, apa yang Zaid utarakan tidak begitu serius sehinggakan kita terpaksa meninggalkan parti",

"Kami ingin menyelesaikan perbalahan dalam parti, tetapi penyelesaiannya bukan dengan keluar parti".

"Tambahan lagi, Zaid juga mempunyai banyak masalah dan tidak puas hati.  Ada beberapa keburukan pada Zaid- dia lebih suka bertindak sendirian dan cepat hilang sabar". 

Menurut ahli parlimen itu lagi, Zaid merupakan seorang ahli politik yang mantap tetapi kurang memiliki ciri-ciri kepimpinan. 

"Seorang pemimpin hendaklah dapat bekerjasama di dalam satu pasukan dan dapat berbincang mengenai segala masalah dengan ahli yang lain tanpa perlu bertindak sendirian."  

Saifuddin Nasution juga melaporkan kepada akhbar Sin Chew, yang kini dicabar oleh Zaid untuk menamakan parti baru yang sedang ditubuhkan oleh Zaid, akan membongkar agenda Zaid seterusnya jika tiba masanya kelak.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...