Nuff Head

20 November 2010

Anwar di malukan di Rapat Umum Keadilan Selangor

 Kira-kira 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan protes dan berhimpun di Dataran Shah Alam di sini pada Jumaat meminta Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali supaya keluar daripada parti tersebut.





Protes itu diadakan bermula pukul 8 malam sempena perhimpunan "Rapat Umum Keadilan Selangor bersama Anwar Ibrahim" yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini yang turut dihadiri oleh kedua-dua pemimpin terbabit.

Ketua Bahagian PKR Kota Raja K.S Kottapan yang mengetuai protes itu berkata perhimpunan berkenaan juga diadakan ekoran kegagalan kepimpinan tertinggi PKR menangani aduan membabitkan pemilihan parti oleh beberapa calon kepimpinan di peringkat cabang di Selangor.



"Hari ini kita adakan demonstrasi di hadapan bangunan MBSA adalah untuk memberitahu pemimpin PKR bahawa kita membantah pemilihan di peringkat cabang hingga ke Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

"Kita turun ramai-ramai dari semua cabang untuk protes bahawa pemilihan kali ini dijalankan dengan begitu kotor," katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu, Kottapan berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana ia membabitkan hal dalaman parti.

sumber dari bernama

2 ulasan:

  1. Tindakan yg paling bodoh.

    cuba ingat balik... untuk apa PKR ditubuhkan? Bukankah kerana keadilan buat nuar brahim?

    Dah tau dia ni bermasalah, peliwat, pengkhianat negara yg sanggup jual agama,bangsa dan negara, yang dok tunggu apa lagi? dok sokong apa lagi? Atau hampa pun kalut nak jadi PM juga kot?

    Memang betui2 BAHLOL & BENGAP.

    BalasPadam
  2. Anon,

    Sememangnya yang meyokong PKR ada udang di sebalik batu.Sudah tentu yang di kejar mereka adalah untuk menjadi wakil rakyat.Tak lebih dari itu..Biarpun yang di sokong pakar putar alam.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...