Nuff Head

05 Oktober 2010

Bintulu Tetap Mahukan Taib untuk Memimpin Mereka

Sokongan padu 2,000 ahli parti komponen BN sambut Taib

October 4, 2010, Monday
BERNAMA
BINTULU: Kain rentang berbunyi ‘Hidup Pehin Sri Taib’, ‘Hidup Barisan Nasional’, ‘Kami ahli PBB masih perlu pimpinan Pehin Sri Taib’ dan ‘Kami mahu YAB Pehin Sri terus memimpin kerajaan BN Sarawak’ mengiringi ketibaan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Lapangan Terbang Bintulu semalam.

TERUSKAN PERJUANGAN: Barisan penyokong dan ahli-ahli parti komponen BN yang menyambut ketibaan Taib (gambar kanan) di Lapangan Terbang Bintulu, semalam. Turut kelihatan Talib (kanan).


Laungan ‘Hidup Pehin Sri’ dan ‘Hidup BN’ daripada kira-kira lebih 2,000 orang ahli parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) menambah kemeriahan sambutan ketibaan beliau yang menghadiri majlis ramah-tamah Aidilfitri di Medan  Niaga SEDC malam tadi.


Ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin akar umbi daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) serta Parti Rakyat Sarawak (PRS) membawa bendera parti masing-masing dan sepanduk sejak jam 4.30 petang.

Ketibaan beliau turut disambut Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip dan Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Stephen Rundi Utom.

mukapetang:  Begitu mantap sambutan Pehin Sri menandakan rakyat Sarawak bersatu hati dibawah kepimpinan beliau.  Hari ini Plan Transformasi Ekonomi telah dibentangkan yang menjanjikan pendapatan 3 kali ganda menjelang 2020.  Itulah yang mengembirakan rakyat kerana mempunyai pemimpin yang berpengalaman dan berwawasan dalam mentadbir Sarawak ke arah transformasi yang efektif.  

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...