Nuff Head

16 Februari 2011

TAIB : ANTARA ILMU DAN NAFSU!

Kebelakangang ini hangat cerita di kedai kopi mengenai pembubaran DUN Sarawak. Ada yang mengatakan minggu ini dan macam-macam tarikh...bagi pembangkang jika ianya diadakan secepat mungkin pasti mereka akan memerintah Negeri Sarawak :).

Tapi kalau sekadar mengandai tanpa sebarang pengorbanan , sesiapapun boleh ...

Kalau nak buat tunjuk perasaan macam Mesir , silakan...tengok berapa orang akan hadir..

Cuba kita renung kata-kata ini " ILMU TANPA AMAL ADALAH GILA !

MANAKALA AMAL TANPA ILMU ADALAH SIA-SIA !".


Berjuang dengan ilmu pengetahuan mampu tranformasi diri dan masyarakat: Taib

CERIA: Tun Salahuddin bersama Taib mengetuai perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri Sarawak 1432 Hijrah di perkarangan Dewan Suarah di Kota Samarahan, semalam. — Gambar Bernama

KOTA SAMARAHAN: Ilmu pengetahuan adalah petunjuk untuk membawa rakyat berbilang kaum negeri ini mencapai kemajuan, sekali gus meletak-kan Sarawak sebuah negeri yang berpendapatan tinggi.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata tanpa ilmu rakyat akan menghadapi kesukaran untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dunia.

“Kita perlu akui bahawa hanya ilmu pengetahuan sahaja yang mampu menjadikan rakyat boleh hidup dalam kesenangan, justeru dapat berhadapan dengan pelbagai cabaran,” katanya berucap pada majlis perhimpunan dan perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini semalam.

Sambutan itu dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Pa-tinggi Abang Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Morshidi Ghani.

Menurut Taib, sememangnya masyarakat kita berhadapan dengan pelbagai cabaran besar untuk mencapai kemajuan di dunia ini justeru dengan adanya ilmu pengetahuan kita mampu merealisasikan impian kita.

Beliau berkata sejak turun temurun ketika zaman Naib Muhammad s.a.w masyarakat kita telah menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan sekarang kita berjaya melahirkan ramai cendiakiawan.

“Sejak dahulu kita telah diper-kenalkan dengan alat perjalanan ‘kompas’ untuk masyarakat kita mencari hala tuju bagi menimba ilmu,” katanya.

Justeru, dengan berilmu masyarakat kita ramai yang mempunyai kepakaran tersendiri dalam pelbagai bidang untuk menghadapi cabaran-cabaran besar.

Taib berkata mereka yang berjuang dengan ilmu pengetahuan adalah mampu mentranformasikan dirinya serta masyarakat dalam mengejar kejayaan.

“Saya percaya dengan berilmu kita dapat mentranformasikan segala kemahiran dan kepakaran untuk masa depan generasi akan datang,” katanya.

Perhimpunan dan perarakan itu disertai hampir 10,000 orang me-rangkumi sebanyak 188 kontinjen dari pelbagai jabatan, institusi pengajian tinggi, sekolah, kampung dan pertubuhan sekitar Bahagian Samarahan dan Kuching.

Sumber kredit dari : Borneo Post.

2 ulasan:

  1. salam,
    ulasan yang mantopp tuan..
    semangattttt

    BalasPadam
  2. salam,

    sekarang semua orang bercerita di kedai kopi psal PRN sarawak.pasang2 lah telinga tuan.Mungkin dap nak bergabung dengan MOCS atau parti KITA,nak lawan BN.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...