Nuff Head

08 Februari 2011

NASIB PENAN PERLU BELAAN ADUN!

RUMAH PBR

Ekoran aduan mengenai kualiti PBR di sekitar Long Daloh , ADUN Telang Usan Lihan Jok , beri jaminan akan ambil tindakan keatas kontraktor yang tidak bertanggung jawab ini..

Menurut temubual dengan penduduk tempatan "Kami tidak puas hati bukan bermaksud kami menentang projek kerajaan. Kami cuma tidak puas hati dengan kualiti rumah yang dibina kontraktor ".

Kerajaan perlu bertindak sebelum pihak-pihak tertentu menangguk di air keruh untuk memburuk-burukkan kerajaan dan menghasut rakyat menyokong pembangkang.

Perkara ini, sekiranya dibiarkan boleh menyebabkan nama baik kerajaan Barisan National tercemar.!

Pihak kerajaan harus pantas menyelesaikan masaalah ini , terus hantar pegawai-pegawai di semua kawasan telibat bagi mengenalpasti punca masaalah tersebut....



MIRI 7 Feb. - Masalah rumah rosak yang membelenggu kaum Penan di sekitar Long Bangan menarik perhatian wakil rakyatnya yang memandang serius perkara berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang, , Usan Lihan Jok bagaimanapun berkata, beliau belum mendapat laporan terperinci tentang masalah yang dihadapi pemilik rumah di beberapa kampung terbabit.

"Saya belum menerima sebarang laporan daripada penduduk Long Bangan mengenai masalah rumah mereka kecuali permintaan daripada ketua suku kaum Unga untuk mendapat set jana kuasa berkuasa tinggi."

"Bagaimanapun, saya ada menerima laporan daripada Long Daloh dan akan merujuk masalah ini kepada agensi kerajaan berkaitan supaya mengarahkan kontraktor bertanggungjawab membaik pulih rumah terbabit atau mereka akan disenaraihitamkan," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Usan meminta ketua-ketua kampung yang berhadapan dengan masalah seumpama itu supaya membuat laporan dengan segera kepada pihaknya.

"Jangan tunggu lama baru hendak lapor kerana perkara sedemikian memerlukan kita berunding dengan banyak pihak dan mengambil masa yang panjang.

"Bagaimanapun, saya akan cuba sedaya upaya membantu mereka menyelesaikan masalah ini secepat mungkin," katanya.

Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah setakat ini telah menyediakan 2,496 rumah di bawah projek PBR.

Projek itu yang merangkumi kediaman baru atau membaik pulih dan menaik taraf rumah yang sedia ada menyasarkan untuk menyediakan kira-kira 16,626 rumah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Sebuah rumah asas PBR dengan tiga bilik di Semenanjung dianggarkan bernilai RM33,000 sementara di Sabah dan Sarawak nilainya ialah RM43,000.

Selain itu, di bawah sub-KRA Infrastruktur Asas Luar Bandar, kerajaan turut merancang untuk menyediakan 109 kediaman di Sabah, 1,437 di Sarawak dan 950 di Semenanjung Malaysia.

Ini adalah sebahagian daripada sasaran 50,000 rumah yang didirikan di tanah milik negeri atau swasta lengkap dengan kemudahan air dan bekalan elektrik 24 jam seperti mana yang digariskan bagi program tiga tahun di bawah NKRA.

Sumber dan kredit kepada : Utusan Malaysia .

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...