Nuff Head

11 Februari 2011

Benarkah Maruah BN Sarawak Tercalar?


Menurut blog Anak Merdeka, perkara di atas disebabkan oleh laporan wartawan akhbar tempatan yang menyatakan bahawa Naib Presiden PBB telah  'mendedahkan' ada ADUN yang berbohong sewaktu pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri di Miri pada tempoh hari.  

Rakan-rakan blogger telah keluar untuk menyingkap dan mendapatkan kisah sebenar daripada YB Datuk Haji Daud. Menurut laporan alehkayong, YB Datuk Haji Daud, cuma menyatakan bahawa terdapat ADUN yang terlampau yakin dengan pencapaian masing-masing di kawasan mereka.  

Hal ini pula telah dijelaskan oleh  YB Datuk Daud kepada wartawan akhbar tempatan, Rusnan Mustafa, semasa beliau ditemuramah.   Wartawan tersebut telah menyatakan bahawa Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam)  Datuk Daud Abdul Rahman berkata, ada segelintir ADUN tidak memberitahu perkara yang sebenar terutama ketika ditanya mengenai peluang kemenangan BN di DUN masing-masing.

Berikut adalah petikan kata-kata YB Daud semasa sidang media selepas mengadakan mesyuarat tentang sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri di Pejabat Residen Samarahan

“Ada segelintir ADUN meluahkan rasa terlalu yakin bahawa dia akan memenangi kerusi yang disandangnya kepada Perdana Menteri sedangkan beliau (Perdana Menteri) tahu bahawa peluang ADUN terbabit untuk menang adalah sangat tipis,” katanya.  

Rupa-rupanya akhbar tempatan tersebut telah meniupkan lagi api untuk melariskan jualan akhbar sehingga YB Datuk Daud terpinga-pinga seperti di dalam laporan Melanau Blogger.
 
Mungkin ayat yang digunakan adalah terlalu kasar untuk menggantikan perkataan yang telah dikerlipkan di atas.  Semoga pihak wartawan dan akhbar akan lebih peka untuk tidak mengulangi perkara sedemikian amnya untuk menjaga nama baik ADUN dan juga Barisan Nasional Sarawak. 


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...