Nuff Head

26 Februari 2011

Terkini.DUN Sarawak akan di bubar!!!!

Mengulas ucapan Pehin Seri selepas majlis perasmian Masjid Beladin Al-Amin di Beladin dapatlah di simpulkan bahawa bila-bila masa saja DUN akan di bubarkan.Mengikut nujum KI mungkin minggu hadapan Pehin akan berjumpa dengan TYT untuk mendapat kebenaran membubarkan DUN.Manakala tarikh pengundian akan belaku pada bulan april.

Itu hanyalah nujum KI yang tak seberapa setelah mendapat info yang boleh di percayai....Pada pilihanraya yang lepas BN telah memenangi 63 kerusi dari 71 kerusi yang di pertandingkan.Mengikut trend pengundi sekarang Bn di jangka akan menguasai semula kerusi yang kalah dan menang  67 kerusi.

Walau apa-apa pun, semua calon yang telah di kenal pasti hendaklah bersedia di telanjangkan oleh pihak pembangkang .



BN Sarawak Sudah Sedia Hadapi Pilihan Raya Ke-10, Kata Taib Mahmud

BELADIN (SARAWAK), 25 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga telah diterima, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Sudah..sudah, kita (BN) sudah bersedia, calon pun sudah ada, saya tidak boleh umumkan nama calon sekarang," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Masjid Beladin Al-Amin di sini.


Abdul Taib yang juga Pengerusi BN negeri berkata senarai itu meliputi semua calon yang akan mewakili BN untuk merebut 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.


Pilihan raya Sarawak dijangka berlangsung dalam masa terdekat memandangkan penggal DUNnya akan berakhir pada 24 Julai ini. Pada pilihan raya negeri yang lepas BN menguasai 63 kerusi.


Sementara itu, mengulas tindakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) luar negara yang mengkritik kerajaan Sarawak, Abdul Taib berkata perkara itu adalah perbuatan nakal namun tidak akan menghalang kerajaan BN untuk terus membangunkan Sarawak.


Katanya BN tidak perlu melayan sebarang kritikan dari luar khasnya NGO kerana parti itu tahu apa yang perlu dilakukan untuk kebaikan rakyat Sarawak sendiri.


Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Taib berkata Sarawak telah berjaya keluar dari kelompok negeri miskin sejak 40 tahun lepas dan kini hampir 94 peratus rakyatnya telah bebas daripada belenggu kemiskinan.


Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu juga berkata kejayaan dasar politik pembangunan yang diperkenal kerajaan negeri ternyata berjaya membawa perubahan besar kepada kemajuan Sarawak.


Abdul Taib juga mengakui kejayaan Sarawak hari ini adalah hasil daripada keberanian pemimpin serta rakyat untuk menghayati pendekatan arus kemajuan tanpa perlu menoleh kebelakang.


-- BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...