Nuff Head

20 Februari 2011

Happening! Program Karnival Mesra Belia Negeri Sarawak 2011 Peringkat DUN N.5, Demak Laut

Ceria 1Belia 1Malaysia
KUCHING - Program Karnival Mesra Belia Negeri Sarawak 2011 Peringkat N4 Demak Laut telah berlangsung pada pagi semalam. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan belia dengan Jabatan Kerajaan di samping memberi maklumat untuk meningkatkan taraf hidup dengan aktiviti yang berfaedah.

Bertemakan 1Belia 1Malaysia, karnival itu bertujuan memperkasakan belia setempat menerusi penglibatan golongan tersebut dalam beberapa program khas berorientasikan mesra belia. Program julung-julung kali diadakan itu dijangka dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Gerai Institusi Pengajian Tinggi
Pihak kami sempat meninjau tapak karnival yang bertempat di Pusat Komersil Demak Laut, Jalan Bako. Kami berpeluang berkenalan dengan pihak urusetia Karnival Mesra Belia. Sungguhpun cuaca agak mendung namun bilangan pengunjung yang tiba amat memberangsangkan. Seramai 3,000 orang telah berada di tapak pesta pada sebelah pagi dan nilai itu bertambah kepada dua kali ganda pada sebelah tengah harinya.

Pemenang

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi turut membuka gerai untuk memberi peluang pendidikan kepada belia. Selain daripada itu, pihak pengajian tinggi di Sarawak tuga turut serta untuk mempromosikan peluang pendidikan yang terdapat di institusi mereka. Pihak kami tertarik dengan acara melakar potret di mana ADUN N5 Demak Laut berpeluang untuk dilakar oleh penuntut tersebut.

Tekun dan teliti

Selain daripada itu terdapat juga gerai yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan, RELA dan yang paling menarik adalah CERT iaitu Community Emergency Response Team untuk bertindak apabila berlaku kecemasan di kawasan komuniti masing-masing.

Pandu Uji

Antara aktiviti yang dianjurkan adalah permainan sepak raga bulatan, street soccer dan acara memancing. Bilangan penyertaan yang diterima sangat menggalakkan dan acara itu diwarnai lagi dengan pertandingan auto-show. Turut diadakan adalah acara pertandingan mewarna, memasak, mengukir buah, membaca Al-Quran, sukan rakyat dan acara karaoke terbuka.

Memeriksa nadi


Menang dan kalah memang adat permainan namun semangat suka bersaing yang ditunjukkan sungguh menarik dan ini amat sesuai untuk diteruskan dikalangan belia agar sentiasa bersaing ke arah kemajuan negara.
Pasar Tani

Pasar tani juga berlangsung di perimeter tapak karnival yang turut menghidangkan hasil tempatan. Semua pengunjung gerai pasar tani berpeluang membeli sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan pada harga yang berpatutan.

Tendangan Gol

Menurut urusetia karnival acara kemuncak akan berlangsung pada sebelah malamnya di mana Majlis Perasmian akan berlangsung. Selepas itu pengunjung akan dihidangkan dengan Konsert Karnival Mesra Belia di mana akan menyaksikan persembahan percuma daripada artis dan kumpulan seperti XPDC, Jay-Jay, Adi Mentor, Siti Nordiana dan beberapa orang artis tempatan seperti Stanley AF.

Karaoke Terbuka
Pihak kami amat berpuas hati dengan layanan mesra yang diberikan oelh pihak urusetia dan berharap acara seperti ini akan diteruskan ke semua kawasan di Sarawak. Tahniah Demak Laut kerana berjaya memperkasakan belia mereka.

YB Datuk Abg Draup Turun Padang

Malam Perasmiananta


Bujang Taha - Mantan Mr Asia

Menerima sumbangan daripada ADUN N5 Demak Laut
Syabas

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...