Nuff Head

16 Februari 2011

PELAGUS akan jadi drama penting dalam Pilihan raya Sarawak

Larry Sng - ADUN Pelagus
Meskipun Pilihan raya Sarawak yang sudah terlalu hampir, namun kerusi DUN Pelagus tetap mengundang tanda tanya. Siapakah bakal calon, Apakah Larry Sng dikekalkan, bagaimanakah kesudahannya atau perkara sebaliknya akan terjadi di DUN Pelagus?

Semua yang terlibat telah menjelaskan pendirian masing-masing, menjadikan DUN Pelagus memiliki drama tersendiri dalam pilihan raya kali ini.

Apakah rakyat di DUN Pelagus akan memilih ‘parti politik’ atau ‘orang politik’?, Semua pemimpin yang berkaitan telah bersuara, tapi suara rakyat Pelagus akan jelas kedengaran melalui peti undi menjelang pilihan raya nanti...

baca kutipan ini;

PRS rela Larry sertai kompenan BN lain namun tetap pertahankan Pelagus miliknya
KAPIT: Pergerakan Pemuda dan Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) berharap agar Barisan Nasional (BN) Negeri menghormati pendirian PRS yang akan tetap mempertahan kerusi Pelagus untuk PRS.

Ketua Pergerakan Pemuda PRS Pelagus Kaunselor Ellison Silo berkata untuk kebaikan penduduk di Pelagus dan untuk menjaga sensitiviti PRS, BN Negeri harus menghormati pendirian PRS yang akan tetap mempertahankan kerusi Pelagus.

“Sekiranya Barisan Nasional (BN) masih memerlukan khidmat Larry Sng (Ahli Dewan Undangan Negeri Pelagus), parti komponen BN yang lain boleh mengambil beliau sebagai ahli mereka.

“Namun, pintu PRS sudah tertutup untuk beliau. Kami sudah bersama dengan beliau sebelum ini dan kami amat mengenali beliau. Kami sudah bertolak ansur dengan beliau sebelum ini dan kini kami sudah menutup pintu untuk beliau,” katanya yang juga Timbalan Ketua Pemuda PRS Negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo di Pejabat PRS, di sini semalam, bagi mengulas kenyataan Ketua Menteri yang masih memerlukan khidmat Larry yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri kerana beliau disifatkan oleh Ketua Menteri sebagai ‘sangat berguna’.

Sementara itu, Ketua Penerangan PRS Negeri, Wilson Nyabong Ijang berharap agar pihak luar tidak salah faham mengenai komen Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengenai kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus itu, dalam kenyataannya baru-baru ini.

“Pehin Sri menyatakan bahawa beliau masih memerlukan khidmat Sng kerana beliau merupakan seseorang yang berdedikasi semasa berkhidmat. Namun, ini tidak bermaksud beliau menyatakan bahawa Sng akan tetap mempertahankan kerusi beliau di Pelagus.

“Dalam memberi penghormatan serta penghargaan kepada Sng di atas khidmat beliau selama ini, Pehin Sri mungkin mempunyai perancangan yang tersendiri kepada Sng di masa depan.

“Pelagus merupakan kerusi PRS dan pihak kami sudah mengadakan persediaan yang secukupnya untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang. Malah, dua minggu yang lepas kami baru sahaja menganjurkan Kursus Jentera Pilihan Raya untuk kawasan Baleh dan Pelagus,” katanya.

Tambanya lagi, pihak luar sepatutnya tidak membuat sebarang andaian berhubung kenyataan Ketua Menteri itu, dan seharusnya menghormati keputusan jawatankuasa pengurusan BN pusat yang menolak permohonan Sng untuk menjadi calon terus BN bagi pilihan raya yang akan datang.


“Saya menyokong pendirian Presiden Parti Demokratik Progresif Rakyat Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan Ikom yang menyerahkan kepada Majlis Tertinggi BN Negeri untuk menentukan hala tuju Sng bagi menganggotai mana-mana parti komponen BN pada pilihan raya negeri nanti.

“Tetapi, Pelagus adalah milik PRS dan hanya untuk PRS. PRS juga mempunyai calon yang berpotensi bagi menggantikan Sng,” tambahnya lagi.

credit to Borneo post

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...