Nuff Head

17 Februari 2011

PAS Mengemis Kerusi Daripada PR di Sarawak?!!!

Pengemis Cinta
Setakat nak ambil 8 kerusi sahaja buat apa? Baik ambik 71 kawasan sekaligus kalau nak tunjuk hebat?!!  Kalau dah tahu kalah di Beting Maro carilah tempat lain?

Inilah PAS! Mereka ibarat perumpamaan kalau mata kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga! 
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan?   Kalau setakat nak bertanding satu kawasan kenapa perlu tubuh Dewan Pemuda PAS hingga ke semua bahagian di Sarawak?  Satu kawasan pun tak larat nak menang inikan pula menyibuk di kawasan lain?  Buktikanlah PAS di terima di satu kawasan terlebih dahulu sebelum memohon untuk bertanding di kawasan lain.  

Kalaulah PAS dibenarkan oleh Pakatan Rakyat untuk mencalonkan 8 kerusi kelak nescaya terlingkuplah Pakatan Rakyat!??  Kredibiliti PAS mulai kecundang setelah kalah pada PRK  Galas dan Tenang!  Kalau di Sarawak memang tidak ada harapanlah PAS!!!??? 

Golongan PAS dilihat begitu kuat sebelum Pilihan Raya memandangkan banyak guru dari Kelantan yang mengajar di Sarawak cuba meraih undi dari kalangan pelajar mereka?!!  Apabila tiba musim pilihan raya, jentera pilihan raya mereka memang kelas gitu!! 

Jentera pilihan raya mereka kelak nampak mantap tetapi apabila tiba di hari pengundian, maka jatuhlah PAS yang tidak pandai membahagi tugas untuk menggerakkan jentera mereka.  Kalau dilihat  memang PAS akan kalah  sebelum bertanding?!! Dinasihatkan agar Pakatan Rakyat tidak perlu membuang masa mereka untuk memberi ruang kepada PAS di Sarawak nescaya rugi sekali lagi semasa Pilihan R kelak!!?? PAS hanya layak dijadikan kuda tunggangan DAP dan PKR di Sarawak!
Kredit Kepada Reformasin

PAS Tanding Di Sarawak, Mahu Lebih Kerusi
Posted BERNAMA , 16 Februari, 2011 15:57 PM
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- PAS mahu bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata sekiranya hasrat itu tidak tercapai, sekurang-kurangnya PAS akan mengekalkan untuk bertanding satu kerusi di DUN Beting Maro sama seperti pilihan raya negeri sebelum ini pada 2006.

"PAS bertanding (2006), sekarang dalam proses rundingan dan perbincangan untuk tentukan jumlah kerusi. Kita harap dapat bertanding lebih dari satu (kerusi), paling tidak mempertahankan status quo kerusi yang kita tandingi," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata Pakatan Pembangkang Sarawak masih dalam perbincangan untuk menentukan parti mana yang akan bertanding di setiap kerusi dan sekiranya tidak selesai Pakatan Pembangkang pusat akan berbincang dan memutuskannya.

Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena berkata Pakatan Pembangkang juga akan berbincang dengan parti pembangkang di Sarawak bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

"Kita harap mereka lebih terbuka kerana apa yang lebih penting ialah kemenangan. Kalau ada keperluan kita akan bincang dengan mereka," katanya.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2006, Barisan Nasional (BN) menguasai 63 kerusi dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) (12), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Kerusi Pembangkang pula dimenangi oleh DAP enam, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi.

Mandat Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat Julai ini.

Sementara itu, bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau, Pakatan Pembangkang terutamanya PAS akan membawa isu-isu mengenai integriti kerajaan yang memerintah, seperti fenomena yang berlaku di beberapa negara Asia Barat dan Timur Tengah pada masa ini.

Katanya, walaupun mengakui agak sukar untuk menang di kerusi majoriti Melayu berkenaan, apa yang penting ialah menyampaikan maklumat kepada rakyat di kawasan itu supaya dapat membentuk minda untuk kepentingan umum.

"Tak semestinya kita mesti menang untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dan tak semestinya pada pilihan raya sahaja. Kita juga masuk di lain-lain kawasan walaupun tak ada pilihan raya," katanya.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Merlimau akan diadakan pada 26 Feb manakala hari pengundian pada 6 Mac dan ia diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54 akibat serangan jantung pada 20 Jan lepas.

-- BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...