Nuff Head

24 Februari 2011

PRK KERDAU : NABI TAK PERLU IJAZAH 'TAKBIR' DUNIA!!!

ak tertarik dengan cerita dibawah ni ...ijazah pun nak dipertikaikan hehe...Nabi SAW tak de pun sekolah tinggi nak takbir dunia ni.. Bila ak buat statement macam tu ada ada teman jawab " Itu Nabi ..kita manusia biasa! ". lagi jawapan yang melucukan...

Sebab itu lah Nabi dihantar untuk tunjuk teladan seluruh alam.!


Seorang pemimpin tidak cukup dengan adanya ijazah bergulung-gulung , ilmu pengetahuan agama yang tinggi untuk memimpin jika tidak punya AKHLAK Nabi SAW.

Tanpa AKHLAK ini manusia akan ditipu oleh Syaitan IBLIS Laknatullah dimana mereka akan merasa ILMU AGAMA atau ILMU DUNIAWI yang ada pada mereka itulah adalah segala-galanya.

Kejayaan yang hakiki adalah mendapat tempat yang yang mulia diakihirat kelak , bukannya didunia yang sementara ini.!



TEMERLOH 23 Feb – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan dakwaan Pas bahawa calon Barisan Nasional (BN), Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak memiliki ijazah daripada Universiti Al Azhar.

Menurutnya, dakwaan yang dibuat oleh Pas membuktikan mereka kekeringan isu dan idea dan terpaksa menabur fitnah dalam usaha mereka untuk memburuk-burukkan calon BN.

“Kalau mereka tak percaya dengan ijazah Tuan Syed Ibrahim dan sijil itu sijil tipu, saya cadangkan mereka buat laporan polis untuk menyiasat sijil yang dimiliki Tuan Syed Ibrahim.

“Untuk pengetahuan, Tuan Syed Ibrahim mempunyai sijil dalam bidang Bahasa Arab dari Universiti Al Azhar, siapa nak tengok boleh tengok, dan saya sendiri sudah berjumpa dengan dia dan melihat sijil yang dimilikinya,” katanya selepas Majlis Penyampaian Biasiswa Yayasan Pahang kepada pelajar-pelajar sekolah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan pihak pembangkang yang menuduh calon BN, Tuan Syed Ibrahim tidak mempunyai ijazah seperti yang dilaporkan dan ijazah yang dimiliki itu adalah ijazah palsu.


Menurut, sudah menjadi kebiasaan kepada pihak pembangkang pada setiap kali pilihan raya yang akan membuat pelbagai tohmahan atau fitnah bagi mengelirukan pengundi dan rakyat.

Sementara berhubung mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Adnan berkata BN sememang berkeyakinan akan memenangi pilihan raya yang bakal diadakan nanti bagaimanapun gerak kerja tetap dilakukan seperti biasa.

“Dalam setiap peperangan kita perlu yakin, ini bukan peperangan menggunakan senjata tetapi ini peperangan politik, kalau kita tidak yakin, kita tidak perlu masuk berperang.


“BN tetap akan menjalankan kerja seperti biasa, dan saya tahu rakyat Kerdau semuanya bijak, mereka tahu siapa yang mereka nak pilih untuk memperjuangkan nasib mereka,” katanya.

Adnan berkata keyakinan itu bukannya membuktikan BN sudah merasa selesa pada PRK DUN Kerdau, sebaliknya menguatkan lagi semangat untuk petugas-petugas menjalankan tugas bagi memastikan BN mencapai kejayaan yang lebih cemerlang daripada pilihan raya umum 2008. -MediaUMNO.

credit to UMNO online

3 ulasan:

  1. Hi :) Segala berita terkini mengenai PRK tersebut akan dikemaskinikan di blog Khas ini.

    Selain dari itu kami juga menyediakan pages (FB) khas juga iaitu di:

    http://www.facebook.com/pages/Pilihan-Raya-Kecil-Malaysia/198201610195352?

    dan facebook Group:

    http://www.facebook.com/home.php?sk=group_169414786440203

    dan juga Twitter:

    http://twitter.com/prkmalaysia

    dan juga yang Radio Merpati yang anda boleh dengarkan di blog:

    http://prkmsia.blogspot.com.

    Sebar-sebarkanlah kepada rakan blog anda. :) Selamat berjuang dan terima kasih.

    p/s: jangan lupa follow twitter, facebook dan blog kami

    BalasPadam
  2. mohon lonk ngan blog tuan
    http://dan-teslamarin.blogspot.com
    terima kasih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...