Nuff Head

07 Februari 2011

Saya mahu bekerja dan berdialog dengan rakyat, kata Datuk Fadillah

Datuk Fadillah tetap menolak cabaran debat oleh ketua AMK Sarawak, meskipun diasak oleh beberapa penyokong PKR.

Sepertimana yang dimahukan oleh penduduk yang beliau wakili, Datuk Fadillah mahu bekerja untuk rakyat, bukan melayan kerenah ‘gila debat’ Ahmad Nazib Johari.

Beberapa komentar dari penduduk serta penyokong beliau di P 194 Petrajaya, menyatakan tidak bersetuju beliau berdebat. Sebaliknya mahu beliau turun padang seperti biasa untuk bersama menyelesaikan masalah masyarakat setempat.


Kata Datuk Fadillah, “…lebih penting saya pergi berjumpa masyarakat untuk mendengar dan berdialog dengan mereka. Saya akan bersama dengan masyarakat untuk mencari penyelesaian dan menyusun strategi bagaimana kita dapat bersama secara progresif ke arah kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian hidup”.

Menurut seorang penduduk, ".. yang menyebabkan ketua AMK tersebut berasa terlalu yakin untuk berdebat dengan sesiapa saja, kerana dia pernah 1 kali jadi imam solat tarawih di kampung No. 5, dan sudah berpendapatan 20 ribu sebulan".

"Tapi itu bukanlah sebab kami perlu memilih Ahmad Nazib sebagai pemimpin,  Ahmad Nazib patut sedar diri", tegas penduduk tersebut.


Pada masa yang sama, penyokong Datuk Fadillah turut mencabar Ketua AMK Ahmad Nazib Johari untuk turun menemui mereka dan berdebat tentang beberapa isu.

Itulah suara rakyat untuk pemimpin yang mereka pilih...

3 ulasan:

  1. tak lama lagi sewel lah budak tu. Kalau nanti jumpa insan tepi jalan yang bercakap sorang-sorang "mau debat, mau debat, mau debat", confirm dia lah tu.

    BalasPadam
  2. Salam MB,

    ha ha Aisanda, sah dia lah yang masa PM datang di Miri hr tu yg meraung tepi jalan "debat jangan tak debat'' cabar orang ramai berdebat ;-))

    BalasPadam
  3. terimakah dia cabaran penyokong fadillah tu?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...