Nuff Head

06 Februari 2011

GEMPAR!! : MAJLIS MAULIDUL RASUL DIJADIKAN PKR PENTAS PECAH BELAH UMAT DI KUCHING!










Majlis penghayatan bersempena sambutan maulidul rasul 1432 hijrah yang dihadiri oleh Ahmad Nazib, Hanim, Dominic Ng, Ivy Uding, 'Tun' Anwar Ibrahim bertukar jadi majlis mengutuk kerajaan..

Tempat: Tmn Sukma Petra Jaya
Tarikh: 5/2/11
Masa: 8.30pm-11.30pm
Duration sebenar: 3 1/2 jam.

PERSOALAN SAYA MENGENAI MAJLIS TERSEBUT ADALAH :

1) Majlis dibuat di rumah.. sedangkan masjid hanya 100meter jaraknya. Mana lagi afdal?

2) Majlis dicemari kempen fitnah YB BN, CM serta memecahbelahkan umat.. mengajak umat saling membenci?

3) Terlalu sedikit penghayatan maulidul rasul.. banyak bercerita pentingnya kepimpinan duniawi semata2.

4) Ajaran baru lafaz niat 'sahaja aku menonton TV3 suku bukan kerana hendak percaya' oleh ustaz Nazib.. (bukan kerana Allah?)

dan

5) Tidak ada tokoh agama yang dijemput/diundang..

Terang-terang PKR mempergunakan iklan keagamaan utk berkempen , mempergunakan majlis penghayatan sempena sambutan maulidul rasul utk mendapatkan permit bagi kempen parti.
Di antara ceramah anwar adalah mertikaikan jawatan YB dan CM oleh kroni sedangkan jawatan ketua umum pkr adalah lantikan sendiri, tidak diundi dan tidak dapat ditukar gantikan

Kesimpulan

PKR menggunakan agama bagi kerja2 politik mereka. Tema bersumberkan Islam tetapi mesej berkiblatkan kepentingan politik.. DAP disanjung, hak kaum cina diperjuangkan, sedangkan pemimpin DAP pula tidak pernah memperjuangkan nasib kaum bumiputra dan org melayu dalam komuniti mereka.. Yang ada, DAP mempertikaikan kedudukan istimewa bumiputera agar dimansuhkan hak biasiswa org kampung yg tidak berkemampuan, hak tanah adat, hak kepimpinan Islam di Putra Jaya, juga kerajaan negeri.

Rakyat Sarawak masih percaya BN adalah stabil berdasarkan perbandingan bahawa PKR mempunyai kemelut dalaman parti yang sangat meruncing.. Sogokan 'mari berubah' hanya akan menjadikan Sarawak sebagai alat utk PKR menjana kegiatan partinya, seperti yang dibuat kerajaan negeri Selangor dalam kes membela ADUN Kota Raja menggunakan duit cukai rakyat dalam mahkamah..

Fikir-fikirkan lah arahtuju tindakan puak yang sanggup mengunakan agama demi kepentingan peribadi ini....

1 ulasan:

  1. Salam Sejahtera aleh kayong.....kamik mintak izin copy paste artikel kitak dalam artikel kamik melayupasirgudang.blogspot.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...