Nuff Head

08 Februari 2011

Najib Ditipu ADUN Sarawak!!!

MP terkejut bila ramai blogger menyatakan bahawa Perdana Menteri telah ditipu oleh ADUN. Hal ini telah disahkan lagi oleh ADUN Tupong, YB Datuk Haji Daud Abdul Rahman   Menurut penjelasan YB Datuk Daud, kebanyakan YB yang berbohong cuba menyembunyikan hal yang sebenar berlaku di kawasan mereka.  YB penipu ini juga ingin memberi keyakinan palsu kepada Perdana Menteri untuk membenarkan mereka bertanding  di kawasan mereka lagi pada pilihan raya akan datang. 

MP rasa mungkin Perdana Menteri ingin melihat perwatakan sebenar ADUN-ADUN yang berbohong dan menipu beliau.  Maklumlah pertemuan empat mata ini bukan sahaja menilai perwatakan tetapi banyak yang dapat dibaca melalui 'body language' tentang ketulusan hati para pemimpin di Sarawak.  

Bukan senang nak jadi Perdana Menteri banyak ilmu di dada barulah dapat meneraju kerajaan ke arah pembangunan.  Lagipun politik memang dah menjadi darah daging Perdana Menteri.  Kita tunggulah dan lihat bagaimana keputusan penamaan calon kelak.




Ada ADUN berbohong: Daud

Posted in Utusan Borneo by Rusnan Mustafa. Posted on February 8, 2011, Tuesday

Segelitir wakil rakyat BN tidak berterus terang dalam pertemuan dengan PM - Daud

KOTA SAMARAHAN: Terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak ‘bercakap bohong’ semasa pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, ada segelintir ADUN tidak memberitahu perkara yang sebenar terutama ketika ditanya mengenai peluang kemenangan BN di DUN masing-masing.

“Ada segelintir ADUN meluahkan rasa terlalu yakin bahawa dia akan memenangi kerusi yang disandangnya kepada Perdana Menteri sedangkan beliau (Perdana Menteri) tahu bahawa peluang ADUN terbabit untuk menang adalah sangat tipis,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas mengadakan mesyuarat tentang sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri di Pejabat Residen Samarahan di sini semalam.

Seramai 63 ADUN daripada Barisan Nasional (BN) telah mengadakan pertemuan ‘dari hati ke hati’ dengan Perdana Menteri yang telah berlangsung di Miri pada Ahad.

Menurut Daud lagi, ADUN-ADUN terbabit tidak menceritakan perkara yang sebenarnya ke-pada Perdana Menteri, kerana mahu meraih peluang untuk bertanding semula bagi mempertahankan kerusi mereka pada pilihan raya negeri yang akan datang.

Dalam pada itu, Daud turut menafikan bahawa beliau antara beberapa orang ADUN BN Sarawak yang menawarkan diri untuk tidak bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Saya tahu siapa yang meluahkan hasrat untuk tidak bertanding itu, tetapi biarlah Ketua Menteri (Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) sahaja yang mengumumkan keputusan rasmi mengenai perkara itu,” ujar beliau lagi.

Daud memberitahu walaupun ADUN-ADUN terbabit meluahkan hasrat untuk tidak bertanding, namun jika rakyat di kawasan mereka masih memerlukan dan memberi sokongan yang padu, mereka mungkin akan dicalonkan semula kerana diyakini boleh menang.

Hadir sama pada sidang media itu semalam ialah Residen Samarahan, Rodziah Morshidi, Yang Di-pertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen serta Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Abang Shamsuddin Abang Seruji.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...