Nuff Head

27 Februari 2011

Pembangkang syok sendiri pasal tanah adat tapi undi masih lagi pada BN!!!

Sememangnya di ketahui bahawa rakyat hanya mempergunakan parti pembangkang untuk menyuarakan masalah mereka kepada pihak berwajib.Namun mereka masih memangkah kerajaan kerana kerajaan sekarang masih lagi relevan.

Sila tonton video di bawah..




BINTULU, 27 Feb (Bernama) -- Parti-parti pembangkang tidak ikhlas bagi memperjuangkan nasib pemilik tanah Bumiputera di Sarawak, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pembangkang hanya mahu mengelirukan para pemilik tanah dengan menghasut mereka supaya mempercayai bahawa kerajaan mahu merampas tanah-tanah mereka, katanya.

Berucap merasmikan perhimpunan agung Parti Demokratik Progresif Sarawak kali ke-8 di sini, Ahad, beliau berkata sebaliknya selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) mengiktiraf hak pemilik tanah Bumiptera selagi ia dapat dibuktikan.

Beliau memberi contoh tahun 1980an di mana kerajaan terpaksa mengkaji semula keputusan berhubung sebidang tanah yang akhirnya didapati tanah adat milik penduduk Rumah Panjang Chang, yang terletak di Niah dekat Miri.

Katanya walaupun tanah itu pada mulanya diberikan kepada seorang pemaju bagi tujuan perladangan, beliau telah mengarahkan tanah itu dikembalikan kepada penduduk rumah panjang itu selepas beliau mendapati satu dokumen yang membuktikan hak tanah penduduk itu.


Taib berkata sebagai tambahan, kerajaan juga perlu memberi pampasan kepada pemaju tanah itu atas kerugian yang dialami berikutan arahan beliau itu.

"Walaupun, kerajaan mengalami kerugian dalam perkara ini tapi saya percaya apa yang hak tetap hak," katanya.

Beliau berkata kerajaan perlu menghormati sebarang keputusan mahkamah berhubung pemilikan tanah adat.

Mengenai dasar pembangunan tanah adat, berkata idea itu semata-mata untuk membantu pemilik tanah Bumiputera mengubah tanah terbiar itu sebagai harta yang boleh memberi pendapatan yang baik kepada mereka.

"Dengan menyertai program pembangunan tanah, hak para pemilik ke atas tanah itu adalah sentiasa terjamin," katanya.

Sebelum itu, Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan Ikom berkata pembangkang dijangka terus memainkan isu tanah pada pilihan raya negeri Sarawak, yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.


Beliau berkata parti itu yang merupakan satu daripada empat komponen parti BN di Sarawak, akan menentang habis-habisan propaganda pembangkang berhubung isu itu dan akan melengkapkan anggotanya dengan maklumat yang perlu untuk disampaikan kepada orang ramai.

"Kami tahu kebanyakan isu tanah yang dibangkitkan semuanya bermotifkan politik dan kami tidak akan membenarkan pembangkang daripada menjejaskan program pembangunan tanah negeri," katanya.


-- BERNAMA

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...