Nuff Head

02 Februari 2011

KRISIS MESIR: Lebih 7,000 pelajar Malaysia berjaya hubungi

sekadar gambar hiasan...hehe
KUALA LUMPUR 2 Feb. — Kementerian Pengajian Tinggi setakat ini berjaya menghubungi lebih 7,000 daripada 11,319 pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir dan kesemua mereka kini berada dalam keadaan selamat serta terkawal.

Menterinya, Datuk Seri Khaled Nordin berkata baki pelajar lain yang tidak dapat dihubungi merupakan pelajar dalam bidang pengajian Islam dan tinggal di Mesir antara lima dan lapan tahun.

"Kita tidak dapat menghubungi mereka kerana kebanyakan mereka tidak berdaftar... yang pelajar perubatan kita tahu kerana sebahagian besarnya ditaja,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Biasiswa Endowmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan keluarga para pelajar supaya menghubungi pegawai-pegawai kementerian untuk membantu usaha menyelamatkan anak-anak mereka.


Mereka boleh menghubungi Pemangku Ketua Pegarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Prof. Dr Rujhan Mustafa melalui talian 019-270 8222, Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan Dr Syed Alwee Shekh Alsagoff (019-752 0672) dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Jabatan Penuntut Malaysia di talian 012-931 6172. — Bernama

credit to utusan

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...