Nuff Head

03 Februari 2011

PKR nak letak calon di Merlimau

Apa dah jadi dengan PR.Nak letak calon bertanding di dun Merlimau pun nak gaduh. Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Mohamad Hidhir telah menewaskan calon parti PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 – peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian PAS pada tahun 2004.Mungkin kekalahan  PAS di Tenang menjadi ukuran kelemahan PAS dalam PRK.Maka PR perlu mengubah strategi dalm pemilihan di merlimau.

Sebagai sebuah parti leader dalam PR maka PKR berminat meletakkan calonnya bertanding di kawasan itu yang sebelum ini diwakili calon PAS.Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin merupakan calon yang akan di ketengahkan.


Kenapa PKR beria-ia nak bertanding di Dun Merlimau?Mungkinkah mereka telah menghidu kelemahan jentera parti PAS sebelum ni.Ceramah yang di adakan oleh PAS hanya di hadiri oleh beberapa orang sahaja.Manakala masa merayu undi rumah ke rumah dapat di lihat hanya Normala dan suaminya sahaja berkerja.Ataupun Pas tidak pandai berbohong dan menabur fithnah seperti PKR untuk meraih undi....

Walau apa-apa pun yang di lakukan oleh PR di Dun Merlimau pastinya jentera BN telah bersiap sedia berhadapan dengan siapa sahaja.


Tarikh Penamaan Calon: 26 Februari 2011
Tarikh Pilihan Raya: 6 Mac 2011



0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...