

Sekurang-kurangnya itulah harapan penulis Utusan ini , tetapi dari penulisan beliau berbaur pro pembangkang adalah untuk memecahbelahkan rakyat Sarawak demi kepentingan sendiri.
alehkayong merujuk akhbar utusan 2 hari lepas , penulisan Zaini Hassan .berkaitan kepimpinan Sarawak yang memberi gambaran negatif kepada Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud. utusan
Penulis menulis seolah-olah mengenali rakyat ,budaya dan politik Sarawak tapi sebenarnya sebaliknya.
Mendengar dari beberapa orang yang tidak puas hati yang bercita-cita tinggi yang tidak kesampaian tidak berertinya mendapat kesimpulan dari semua atau ramai rakyat Sarawak.
Ternyata kejahilan ini adalah asas yang tidak baik untuk menyatakan dan menulis apatah lagi memberi saranan mengenai sesuatu perkara.
Bagi percakapan dan penulisan yang jauh dari fakta begini boleh memecahkan ummah.
Nasihat bagi orang begini " Jika tidak ada yang baik untuk ditulis atau cakap lebih baik senyap je , diharap juga jangan memberi saranan semasa dalam keadaan marah dan kecil hati macam hari tu".
Pihak Utusan juga harus lebih peka terhadap penerbitan penulisan sebegini. Ini boleh dikatakan penghinaan bagi kerajaan dan rakyat Sarawak.
Kami di Sarawak mempunyai adab untuk menegur pemimpin kami , budaya samseng yang dibawa oleh pembangkang ini harus ditolak oleh rakyat Sarawak yang matang.
Semoga Allah pelihara kita semua dari fitnah-fitnah dunia dan Akhirat.
maaF rajahmas@apai ngelai ,terdelit komen nuan ... benar padah nuan nya nang perlu bertanggungjawab masa menulis..
BalasPadamSalam tuan tanah,
BalasPadamZaidi fikir mesej yang dia terima adalah suara keseluruhan rakyat Sarawak. dia lupa di Sarawak ada 2.5 juta penduduk.
berlagak 'wira' seolah dialah yang layak menasihat orang Sarawak, agaknya dia belajar dari anwar ibrahim...
Benar MB , "ajaran" beginilah yang kita takut berjangkit di Sarawak.
BalasPadamjauhi pertengkaran dan perbalahan yang sia-sia dan tautkan persaudaraan agar kita lebih kuat sentiasa
BalasPadambenar cemomoi sedangkan lidah lagi tergigit... nasihat yang memanafaatkan.
BalasPadam