Beberapa media utama negeri Sarawak hari ini melaporkan tentang manifesto 5 tahun yang dimaksudkan oleh Ketua Menteri Sarawak, sekaligus menghangatkan kemungkinan pilihanraya Sarawak adalah semakin dekat.
petikan dari The Borneo Post 6 oktober...
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata manifesto itu nanti merupakan satu program perancangan beliau mengenai pem-bangunan Sarawak dalam jangka masa lima tahun kepada rakyat negeri ini.
Ramai yang cuba merisik-risik atau cuba menjangka bilakah DUN Sarawak akan dibubar yang membolehkan pilihanraya negeri. Melihat kepada beberapa petunjuk, seolah jentera pilihanraya sedang digerakkan dengan aktif.
Menurutnya manifesto yang dihasilkan itu juga termasuk rancangan peralihan model ekonomi yang pelbagai di negeri ini.
Ketua Menteri seperti yang dilaporkan akhbar The Borneo Post hari ini turut berkata:
Saya tidak mahu menjanjikan sesuatu yang saya tidak dapat lakukan kerana apa yang saya dapat lakukan adalah bergantung kepada respon daripada rakyat.
Mungkinkah Pilihanraya Sarawak akan diadakan pada November? hanya Ketua Menteri yang tahu. Namun peramal warung kopi di kalangan masyarakat cina mempunyai andaian yang berbeda. Menurut mereka, Ketua Menteri akan mengambil kira soal "hari dan waktu yang terbaik".
Dijangkakan "hari dan waktu yang terbaik" adalah bulan November. Benar atau tidak, hanya Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud yang memiliki jawapan tepat!
Jika pilihanraya Sarawak pada november, ertinya DUN Sarawak akan dibubarkan dalam minggu ini atau minggu depan?
teruskan andaian...








0 ulasan:
Catat Ulasan