Daripada Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda :Barang siapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk
membalas kemarahannya itu ,
maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya dihadapan seluruh makhluk dan dia
diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.
(HR Abu Daud)
Tip mengawal kemarahan
Dari Abu Zar ra meriwayatkan bahawa nabi saw pernah bersabda kepada kami :
Apabila marah salah seorang daripada kamu dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk .
Jika marahnya reda dengan duduk adalah baik , sekiranya tidak hendaklah dia berbaring.
Keterangan :
Maksud hadith ini ialah seorang itu hendaklah menukar keadaan dirinya ketika marah .
Pilihlah satu keadaan yang agak selesa supaya kesan marahnya menjadi reda .
Ketika duduk mengurangkan perasaan marah berbanding dengan berdiri.
Begitu juga seorang yang berbaring akan berkurangan rasa marahnya berbanding dengan duduk.
(Mazahiri Hak)







marah tu api yang jisimnya terbentuklah syaitan dan iblis
BalasPadamSalam, bro tips yang berguna. TQ
BalasPadam