Nuff Head

28 Julai 2010

Amalan Cahaya vs Amalan Kegelapan

Matahari bersinar mengandungi cahaya dan beredar dengan cahaya ,maka ia menyinari dan menerangi alam sejagat. Seandainya ia gelap dan mengandung kegelapan ,sudah tentu ia akan menggelapkan dunia.

Hari-hari kita berjalan melewati tempat-tempat yang dekat dan jauh.

Seandainya kita mempunyai nur dan cahaya ,maka nur dan cahaya itu akan terpancar dari kita.

Sebaliknya , apabila kita membawa kegelapan itulah yang akan timbul dari diri kita.

Oleh itu , kita hendaklah berusaha dengan kesungguhan hati untuk mendapat nur itu.Agar kita bercahaya dan menjadi pembawa cahaya.

Nur itu bukan ada pada zat manusia itu sendiri , tetapi manusia memperolehi nur dari amalan nurani.

Oleh sebab itu hendaklah kita memperbanyakan amalan nurani , agar kita mencapai nur itu dan dapat memancarnya kepada yang lain.

Disamping itu,kita hendaklah menjauihi amalan-amalan kegelapan ,agar kita tidak menjadi pembawa kegelapan.

5 ulasan:

  1. peringatan yang baik untuk diteladani..

    BalasPadam
  2. salam,

    amalan yang memberikan cahaya akan menerangi kegelapan hati. Naluri manusia cenderung ke arah perbuatan yang tidak baik. Berpesan-pesanlah kepada kebaikan agar tidak menjerumuskan saudara kita kepada amalan umpat-mengumpat serta memfitnah lebih2 lagi dalam dunia politik sebegini. Kena dikawal agar tidak melebih-lebih. Terima kasih atas artikel peringatan tuan.

    BalasPadam
  3. Salam,

    Anon dan Apai ngelai,

    Semoga kita ,terutama diri saya dapat meningkatkan amalan yang membawa cahaya dan menghindar perbuatan yang membawa kegelapan..terima kasih atas komen anda.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum aleh kayong.. boleh x tak cerita kisah2 para sahabat zaman rasullullah?

    BalasPadam
  5. tanpa nama ,
    terima kasih sebenarnya kisah2 para sahabat merupakan iktibar bagi kehidupan harian kita...insyaallh:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...