Nuff Head

26 Julai 2010

MAHKAMAH ALLAH

Abu Hurairah ra menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda :

"Yang pertama kali menghadapi pertanyaan pada hari kiamat adalah tiga (golongan) ,dan merekalah yang pertama kali akan dicampak kedalam neraka Jahanam :

Pertama Seorang yang terbunuh (mati syahid ) dalam mempertahankan agama;

Kedua , Seorang ahli agama ('alim) dan ahli al Quran (qari) yang menyebarkan ilmu pengetahuan hingga akhir hayatnya ;

Ketiga , Seorang dermawan yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan yang banyak , dan ia membelanjakannya di jalan Allah swt.

Akan tetapi ketiga orang tersebut melakukan amalan-amalan tersebut bukan kerana Allah swt , melainkan untuk mencari nama dan kemasyhuran di dunia ini.

Rasulullah saw. bersabda "Ketika ketiga orang itu di bawa ke MAHKAMAH ALLAH swt. Yang Maha Adil ,maka Allah berfirman , 'Sesungguhnya kami sangat mengetahui isi hati dan niat KAMU ,kamu mengerjakan amalan-amalan nurani dan shalih ini bukan mencari keredaan ku , tetapi untuk mencari nama dan kemasyhuran ,dan semua itu telah kamu dapatkan di dunia , Di sini tidak ada satu bagianpun untukmu.

Kemudian ,kerana amalan-amalan mereka itulah , maka Allah swt.melemparkan mereka kedalam neraka Jahanam"

Diterangkan dalam kitab-kitab hadits ,bahawa mereka itulah orang yang pertama kali akan ditimpa penderitaan. Dan pada hari kiamat , mereka itulah orang yang pertama akan dijilat api neraka Jahanam.....Nauzubilah min zaliq

12 ulasan:

  1. Kita terutamanya saya sendiri dianjurkan supaya merenung sejenak , bagaimana hadits ini dapat menggetarkan hati kita..

    BalasPadam
  2. nauzubillah min zalik..

    BalasPadam
  3. sama je kalau wat blog niat nak fitnah org, kita fikir2kan apa jawap kita kat mahkamah Allah nanti.

    BalasPadam
  4. Salam pakatan hampas,

    jazkallah khair ,

    Atas fikir yang tak ternilai harga tu.

    Semuga Allah campak sifat kasih sayang diantara kita semua..

    BalasPadam
  5. salam,
    sambil merenung betapa adilnya mahkamah Allah,
    dapat dibayangkan betapa masih ada ditengah-tengah masyarakat kita; 'yang tahu tapi tidak faham dan yang faham pula tapi tidak mengerti'.

    semoga Tuhan merahmati kita semua, terima kasih

    BalasPadam
  6. salam,

    Niat yang disembunyikan oleh golongan yang mempergunakan agama untuk kepentingan diri diketahui oleh Allah. Biarpun lidah bercakap tentang agama tetapi hati berkata sebaliknya. Golongan inilah yang dimaksudkan Allah dengan firmannya,

    "Sesungguhnya kami sangat mengetahui isi hati dan niat KAMU ,kamu mengerjakan amalan-amalan nurani dan shalih ini bukan mencari keredaan ku , tetapi untuk mencari nama dan kemasyhuran ,dan semua itu telah kamu dapatkan di dunia , Di sini tidak ada satu bagianpun untukmu."

    Wallahualam

    BalasPadam
  7. Salam Saudara AntiPAS,

    Benar itu..setiap kandungan Al-Quran dan hadits adalah BENAR tanpa keraguan.

    Saya yang kurang arif ini berpendapat , setiap perbuatan kita , MULAkanlah dengan niat semata-mata kerana ALLAH ,semasa dan sesudah berbuat sesuatu itu , kita 'check balance' niat kita semula dan berbanyaklah beristifar.

    Wallahualam

    BalasPadam
  8. Salam, masalah umat kita terlalu taksub kepada pemimpin malah mudah tertipu dengan fizikal seseorang hingga otak jadi jumud dan terbalik, benar jadi salah, salah jadi benar.

    BalasPadam
  9. Salam ddinbunga,

    Benar kata saudara ,

    Dunia ini mememang penuh dengan tipu daya.Semuanya tak kekal yg kekal hanyalah ALLAH.Ikutan kita utk berjaya hanyalah dengan cara Nabi Saw bukan dengan nafsu..Wallahualm.

    BalasPadam
  10. Salam,

    sebab itulah kita perlu menjaga niat dalam semua perkara yang kita hendak lakukan. Niatkan kerja kita kerana Allah supaya semua perbuatan kita mendapat ganjaran pahala daripadaNya. Wallahualam.

    BalasPadam
  11. Salam anon,

    benar kata anon,semoga Allah campakkan hakikat iklas niat di dalam hati setiap kita semua..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...