Setiap kali apabila apa yang dirancangkan tak menjadi pasti dalam lubuk hati ini kecewa, well kalau depan keluarga dan kawan-kawan dari segi luaran ayat akan digunakan"Dah takdir Allah , kan dah berusaha sebaiknya , pasti ada hikmahnya"... Wahai Allah , pinjamlah pada ku kekuatan dan kefahaman mengenai ketetapan ini .
Teringat pula dengan pesanan arwah atuk dahulu "INGAT , TAFSIR dan TAKDIR tak semestinya sama , TAKDIR pula boleh berubah jadi KETETAPAN Allah.Sebelum buat sesuatu NIAT kena betul ,dalam buat sesuatu sentiasa perbetulkan NIAT setiap pergerakan semua di gerak Allah.Kita tidak ada daya upaya ,SYUKUR kepada KETETAPAN allah ,allah akan tambah NIKMAT jika Tidak redha , Allah akan tarik NIKMAT "...that was about 22years ago.
Masa tu masih sekolah menengah lagi konon-konon nak belajar SILAT dengan arwah atuk.Arwah atuk memang terbilang masa tu dengan kekuatan dan ketangkasannya yang luar biasa.(semoga Allah terima taubat atuk dan menempatkan roh beliau bersama-sama roh orang-orang beriman.)..Kata nek puan atuk tak ajar sebarang orang ,lama jugak masa diambil oleh nek puan pujuk atuk utk mengajar aku .Atuk dah WARNING , tak akan tahan aku bila belajar dengannya...Syarat diletakkan pertama , solat mesti jaga kedua bayar atuk hadiah RM280 ketiga panggil beliau GURU bukan atuk lagi dan yang terakhir , banyak dengar dan fikir jangan banyak soal.Masa latihan 4 kali seminggu lepas magrib dan disambung lepas isya ...Masa itu aku mula solat 4kali seminggu magrib n isya(astarfirllah).Wang " pengeras" , terpaksa minta dengan emak tercinta tapi tak dibagi kena marah lagi ada ...jadi aku berunding dengan atuk aku buat parttime ngan atuk untuk settle "pengeras".Guru agree.
First lesson , Guru bawak turun gelanggan di depan rumah dan showoff kat aku skill dia yang selama tu aku dengar dari orang lain saja , disedianya sebaldi air di hadapanku dan Guru pula bawa sebatang kayu yang sama tinggi dengannya(tembung).diarahnya aku meyembur keseluruhan air dalam baldi kearahnya.subhannallah...masa tu ayatnya adalah WAADEH TERORNYA ATUK....setitis air pun tak mengenai beliau."SILAT ni PANTAS TEWAS ,pendekar luar tikar sembahyang pasti dapat ditewaskan oleh pendekar atas tikar sembahyang ,pesilat sejati berahlak tinggi , ada satu ilmu lagi perlu kamu belajar IDULKAHA WAL FILUS menurut atuk ertinya UNDANG-UNDANG DAN WANG ".aku pun bertambah blur...sehingga kini...Memang benar warning guru memang aku tak tahan , mana nak tahan since first lesson , itu lah kali pertama dan terakhir aku masuk gelanggang ,selama 3thn belajar duduk dengar "celoteh" berulang-ulang hingga aku lebih kurang hafal apa nak dicakap oleh beliau tapi tak faham maksud ..rupa-rupa nya setelah mengharungi pahit manis kehidupan bertahun-tahun ini aku mula MERINDUI AMANAT GURUKU TERCINTA.....
18 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam,
BalasPadambelajar silat mungkin training tak susah macam belajar kungfu macam yang kita tengok dalam filem... hehehehe...
masaalhnya saya belum start training lagi....hehe tq pai
BalasPadam