Alhamdulillah, syukur masih ada yang prihatin tentang nasib dan perjuangan orang kita. Masih ada yang sedar betapa pentingnya pemerintahan yang berada dan berpusat di Sarawak. Sekiranya PKR dan PAS yang menjadi Ketua Menteri alamatnya tunggang terbaliklah Sarawak kelak seperti yang sudah sedia ada di hadapan mata kita.
KUCHING, 5 Sept (Bernama) -- Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu Tan Sri Abdul Taib Mahmud kekal sebagai presiden parti tersebut dan Ketua Menteri bagi memastikan kestabilan politik serta pembangunan Sarawak secara berterusan.
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, Taib selaku Ketua Menteri, mendapat sokongan penuh semua 71 ketua cawangan yang diwakili kaum bapa serta sayap pemuda dan wanita PBB, iaitu anggota majlis tertinggi PBB, melalui ikrar taat setia dan usul yang dibuat pada mesyuaratnya yang dipengerusikan sendiri oleh Taib pada Ahad.
"Kami (anggota PBB) sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Pehin Sri (Tan Sri) Abdul Taib Mahmud dan akan terus menyokong pucuk pimpinan beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita di sini.
Taib yang meninggalkan mesyuarat 10 minit lebih awal, enggan memberikan sebarang komen kepada wartawan, sebaliknya menyerahkan kepada timbalannya untuk memberi kenyataan berhubung perkara itu kepada pihak media.
Pemimpin berusia 74 tahun itu merupakan Ketua Menteri Sarawak paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak menyandang jawatan tersebut pada 26 Mac 1981.
0 ulasan:
Catat Ulasan