Nuff Head

26 September 2010

Taib Meneruskan Sumpah Perjuangan Membawa Sarawak Terus Maju ke Depan dalam Barisan Nasional

25 Sept 2010, Saturday 

Kuching - Semua rakyat dari segenap pelusuk telah turun ke Hornbill Skyways untuk menyambut kepulangan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.  Walaupun keadaan cuaca yang tidak begitu mengizinkan namun ia dianggap sebagai rahmat demi untuk bersama dengan pemimpin kesayangan mereka.  


Antara parti komponen Barisan Nasional adalah dari PRS dan PBB dibawah kepimpinan wakil rakyat masing-masing yang turut sama mengibarkan kain rentang dan juga bendera parti untuk menyambut kepulangan Pehin Sri yang disayangi. 

Tidak lupa juga para wakil rakyat yang berkumpul sejak pukul 2 petang lagi untuk bersama-sama menyambut Pehin Sri. Antara yang dapat dilihat adalah YB Dr Abang Rauf dan YAB Datuk Amar Abg Johari.  


Tidak lama kemudian pesawat yang membawa Pehin Sri selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan membawa beliau ke Hornbill Skyways Hangar.  Pehin Sri terlihat begitu terharu dan teruja apabila melihat rakyatnya yang sanggup berdiri dalam hujan untuk menyambut kepulangannya.  Sememangnya beliau sendiri tidak mengetahui mengenai acara yang dianjurkan secara mengejut oleh Pejabat Ketua Menteri bersama dengan komponen parti Barisan Nasional yang lain.  

Sebaik sahaja mendarat beliau terus dipeluk oleh para kabinet menteri yang hadir yang diketuai oleh Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu. Pehin Sri kemudiannya diarak ke atas pentas diiringi dengan laungan "Hidup Pehin Sri".  


Selepas selesai bacaan doa oleh Imam Masjid Jamek.  Pehin Sri pun dipersilakan untuk memberi sepatah dua kata.  Antara amanat yang disampaikan dan dipetik di bawah. 


"Hari ini sudah kita sudah susunkan segala rancangan untuk dapat membawa Sarawak supaya menjelang tahun 2020 pendapatan purata penduduk Sarawak akan menjadi 3 kali ganda daripada sekarang ini. 

"Insya Allah, We can achieved our target to be a developed country.  SCORE will make all these things achievable, but it is only achievable by Barisan Nasional."  

"..saya akan terus memimpin Barisan Nasional sehinggalah saya dapat membawa theme yang boleh menggunakan semua strategi pembangunan.  Saya telah atur strategi saya sehingga satu generasi. tapi perjuangan kita akan terus sampai satu generasi lagi.  Kita dalam Barisan Nasional ada satu cogankata "Patah Tumbuh Hilang Berganti". Kita akan terus memperjuangkan hasrat rakyat Sarawak bukan dengan mulut sahaja tapi dengan tenaga dan usaha.  ..."

Begitulah amanat pemimpin yang telah menerajui Sarawak dengan penuh kepakaran.  Beliau juga telah bergiat dalam politik Sarawak selama 29 tahun.  Alangkah bertuahnya Sarawak mendapat seorang anak jati yang begitu cekal menghadapi arus pembangunan serta membawa rakyat untuk bersama-sama mengecapi keharmonian dan kesejahteraan. 

Tidak hairanlah rakyat Sarawak begitu marah sekiranya pemimpin mereka dikecam atau dihina tidak kira oleh pemimpin luar negara mahupun oleh pemimpin pembangkang.  Rakyat Sarawak yang bersatu padu akan bangkit berjuang demi mengekalkan serta meneruskan amanat perjuangan pemimpin mereka pada tahun 1963 untuk sentiasa merdeka dalam Malaysia.  

Sumpah perjuangan datuk nenek mereka untuk membawa Sarawak dalam kemajuan dan kemakmuran tidak akan dipersiakan oleh pemimpin Sarawak yang sedia ada dan ini akan diteruskan lagi oleh pemimpin Sarawak yang baru yang sentiasa mengambil kira perjuangan datuk nenek mereka agar Sarawak sentiasa maju dan bertambah makmur. 

posted using Blackberry mobile


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...