Nuff Head

18 September 2010

Rumah Paris Hilton jadi macam zoo



NEW YORK - Aktres sensasi Amerika Syarikat (AS), Paris Hilton sanggup menjadikan beberapa buah rumahnya sendiri sebagai tempat pemuliharaan haiwan jinak umpama sebuah zoo mini, lapor sebuah akhbar semalam.

Menerusi laman perkongsian Twitter, dia menyiarkan gambar terbaru dirinya bersama 20 ekor arnab yang didakwanya berjaya diselamatkan daripada beberapa kedai haiwan yang mahu menjadikannya makanan ular.

"Saya perlu menyelamatkan haiwan itu. Kini haiwan tersebut berasa gembira setelah tinggal bersama di rumah saya dan saya berasa seronok dapat mengubah nasib mereka semua," kata pelakon berusia 29 tahun itu dalam rangkaian sosial tersebut.

Hilton sebelum ini turut dikenali kerana memiliki 17 ekor anjing selain memelihara dua ekor monyet, dua ekor kucing, tiga ekor memerang, seekor anak tikus possum, seekor kambing dan terbaru seekor babi kecil.

"Haiwan-haiwan itu ialah makhluk yang cantik dan menjadikan dunia sebagai sebuah tempat yang baik untuk didiami.

"Saya amat menyayangi haiwan. Haiwan-haiwan itu menjadikan saya berasa gembira," kata Hilton. - Agensi

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...