Nuff Head

29 September 2010

PKR oh PKR Bila Nak Sedar

29 September 2010, Rabu

Kuching - Betul kata PR.bonology.com.  Kalau Gerakan Anti PKR kecam Nurul Izah pakai undi hantu di Lembah Pantai memang patut pun sebab dia anti-PKR.  Tapi apa kes kalau Semangat98 orang yang semangat 1998 begitu kuat menyokong PKR pun tulis macam ni.  Gambar Anwar, Wan Azizah, dan semua orang kuat PKR yang disanjungmya terpampang dalam laman blog.  Tapi demikianlah artikelnya yang dipetik


Dipetik dari GAP

"NURUL IZAH ANAK PUAKA PAKAI PENGUNDI HANTU DI LEMBAH PANTAI !

 pemilihan PKR Lembah Pantai kecoh apabila tercetusnya pergaduhan yang berpunca daripada pihak yang mencabar anak puaka iaitu Nurul Izzah membuat bantahan kerana dipercayai pasukan anak puaka cuba menipu proses pemilihan yang berlangsung hari ini.

Mereka membantah kerana jumlah kertas undi yang di keluarkan dengan pengundi yang berdaftar untuk mengundi tidak sama.

Sekumpulan lelaki yang dikatakan pengawal anak puaka bertindak menyerang kumpulan yang membuat bantahan tersebut.

Polis terpaksa dipanggil untuk menyuraikan keadaan yang masih tegang sehingga kini.

Semenjak bila pula puak-puak puaka ini percayakan polis ?"
 

Dipetik dari semangat98

"Sunday, September 26, 2010

Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan

Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan. Terus-terang aku katakan kalau macam ni lah memang celaka lah penipu-penipu sekalian dalam Parti yang kami di sini yang hidupkan di Lembah Pantai ini.

Apa taknya, macam mana yang daftar cuma 513 nama, tapi kertas undi keluar sampai 583. Yang 70 extra tu datang dari mana. Bila kita minta berhenti JPP teruskan juga dengan pemilihan. lepas tu penyokong-penyokong Team Harapan baru YB Nurul Izzah yang kononnya pengawal dia menyerang pulak kami. Sedangkan kami yang kempen macam nak mampus nak menangkan dia ni. Bangsat apa ni?

Kenapa teruk sangat proses? kertas undi tak ada no siri, jadi orang boleh senang-senang fotostat kaler. Sekarang fotostat warna kat mana-mana pun ada. Memang kami nampak dengan mata kepala sendiri ada Cina bawa keluar borang-borang tersebut, padahal dia bukan pengawas pemilihan pun. Ada pula calon tolong pangkah atau isi borang orang lain. Bila pengawas suruh keluar, depa tak nak keluar. Tak ada sistem langsung proses yang dijalankan, ikut suka hati saja.

kalau lah SPR yang buat undi macam ni, dah lama dah riot dan huru-hara satu negara. Teruknya. Calon-calon keluar masuk dewan, tak nak dengar cakap pengawas pilihanraya. Macam parti mak bapak sendiri dibuatnya. Eh eh ...

Lepas tu untuk pengetahuan YB Azmin, kami kat sini memang nampak dah lagi banyak tangan yang diangkat masa nama YB Azmin diundi, tup-tup Zaid menang. Konspirasi apa jadah ni?!

Kalau macam ni lah PKR, nampak gayanya boleh lah dimasukkan dalam kolam taik Indah Water je lah.
"

 mukapetang: Bukannya kita tidak sedar orang yang masuk PKR rata-ratanya cuba menjadi ketua baru dalam politik.  Mereka seperti American Idol, kalau kawan-kawan sorang dua cakap dan puji suara cantik terus nak cuba audition.  Dalam kes ini pulak, kalau kawan puji sikit terus nak jadi YB.  Lepas tu satu benda tak reti nak buat, yang mereka tahu menyalak itu salah, menyalak garisan putih jalan raya bengkang-bengkok, dan juga menyalak kalau lampu jalan raya tak on tepat pada waktunya.  Inikah pemimpin yang dicari berjiwa materialistik, bermata duitan, gilakan kuasa dan darjat dunia.  Kuat merajuk dan tak reti bila nak sudah!! Itulah parti kalian dari 1998.  Sekarang semakin hebat; semua dia boleh buat.! Nanti adalah orang suruhan yang buat kerja extra sebab nak tolong YB mereka berjaya tak kiralah kena buat apa-apa yang tidak diingini. Insaflah dan kembali ke pangkal jalan. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...