Nuff Head

24 September 2010

Pertandingan face book bermula!!!




September 23, 2010, Thursday

KUCHING: Pertandingan Facebook PBB telah pun bermula dengan majlis penyampaian anugerah dijangka akan dilakukan pada akhir bulan Oktober ataupun awal bulan November.

Ahli Biro Penerangan Pergerakan Pemuda Abang Abdul Aziz Abang Abdul Rauf berkata semua cawangan parti digalakkan turut serta dalam pertandingan ini kerana, antara lain, ia bertujuan membantu parti mengekalkan kesemua kerusi parti dalam pilihan raya akan datang.

“Sebenarnya pertandingan ini adalah untuk membantu cawangan-cawangan parti bersedia untuk pilihan raya yang akan datang dalam penggunaan platform media sosial.

“Sekiranya sebelum ini kita hanya fokus dunia sebenar dalam kempen kita, untuk pilihan raya yang akan datang, parti berkehendakkan ahli-ahli parti aktif berkempen dalam dunia siber.

“Salah satu platform yang kita boleh guna untuk berkempen di dunia siber ialah Facebook kerana ia menyediakan jaringan sosial yang luas dengan rakyat yang menjadi pengguna kepada media sosial ini,” kata Aziz ketika ditemui semalam.

Pertandingan yang selanjutnya, yang juga untuk tempoh tiga bulan, akan bermula pada bulan November akan datang.

Untuk mendaftar menyertai pertandingan ini, cawangan-cawangan hanya perlu menjadikan UMB PBB Facebook sebagai rakan.

Untuk sebarang pertanyaan, Aziz boleh dihubungi di abangabdulaziz@gmail.com ataupun menghu-bungi UMB PBB dalam Facebook. : Utusan Borneo 23.9.10

3 ulasan:

  1. ASKM,
    MACAM KENAL JE MUKA INI ! UCAPAN SEMOGA BERJAYA

    BalasPadam
  2. hadih ixora sebujik ke? (patriotik...)

    BalasPadam
  3. luahfikiran ,
    mungkin pelanduk 2 serupa.:) .saya pun turut mengucap semoga berjaya..semoga usaha ini dapat melahirkan lebih ramai dikalangan anak2 muda khususnya bumiputera sarawak untuk bergiat dalam dunia siber tanpa sempadan ini.

    Cemomoi , biar saya cek dengan penganjur dulu , kalau betul , kita pakat2 masuk mana tau tuah ayam dikaki tuah manusia tiada yang tau.:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...