Nuff Head

27 September 2010

Keputusan Taib kekang pembangkang

Utusan Borneo



Hasrat untuk kekal sebagai KM sukarkan hasrat pembangkang mahu tawan Sarawak

CABUTAN BERTUAH: Talib menyampaikan hadiah hamper makanan ringan kepada seorang kanak-kanak bertuah pada majlis berkenaan.
CABUTAN BERTUAH: Talib menyampaikan hadiah hamper makanan ringan kepada seorang kanak-kanak bertuah pada majlis berkenaan.
BINTULU: Keputusan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk kekal sebagai Ketua Menteri bakal menambahkan lagi kesukaran pembangkang yang berhasrat menubuhkan kerajaan menerusi pilihan raya negeri akan datang.
Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip berkata kepimpinan Taib yang cemerlang dalam membangunkan negeri menyukarkan pembangkang memperoleh sokongan majoriti rakyat.
“Memanglah pembangkang tidak mahu lawan mereka kuat. Sebab itu mereka siang malam menumpukan tenaga mereka untuk memastikan orang yang kuat disingkir. Itu taktik pambangkang,” katanya.




Beliau yang ditemui pada majlis Ramah-tamah Aidilfitri Kampung Jabai di sini semalam berkata, Sarawak masih memerlukan Taib berdasarkan pengalaman dimilikinya.
Malah, keputusan itu dipercayai mampu membawa kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri nanti.
“Kalau BN mahu kemenangan, seorang pemimpin yang terbukti kepimpinannya wajar menerajui. Ia membawa ke arah perpaduan,” katanya.
Menurut beliau, Taib diperlukan untuk terus membimbing Sarawak dalam membangunkan ekonomi. Antaranya ialah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Talib yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memberitahu, daripada aspek pentadbiran kerajaan dan parti, Taib yang juga presiden PBB mempunyai ketegasan dalam memimpin.
“Saya yakin Pehin Sri masih sihat dan ‘cakah’ (bertenaga), seterusnya mampu mentadbir negeri ini dengan cemerlang,” katanya.
Kelmarin, Taib mengumumkan keputusannya untuk terus memimpin Sarawak selepas baru-baru ini menyatakan kesediaannya berundur selepas terbabit 43 tahun aktif dalam politik termasuk 29 tahun menerajui kerajaan negeri.
Sementara itu, Talib dalam ucapannya menempelak pembangkang kerana ketiadaan calon sesuai menjadi Ketua Menteri meskipun mereka menang dalam pilihan raya negeri kelak.
Menurut beliau, setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Chong Chieng Jen, pengerusi DAP Negeri Wong Ho Leng dan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baru Bian tidak layak untuk jawatan tersebut kerana tidak berpengalaman.
“Untuk mentadbir (mengetuai kerajaan) kita memerlukan seorang pemimpin berkaliber dan berpengalaman. Pembangkang tidak ada ciri-ciri ini,” katanya.


mukapetang: Memang benar kata YB Talib, pemimpin pembangkang banyak datang dari Reject House! Sik berguna di Sarawak masih agik mencuba nasib,  Dah tauk sik pandey berpolitik ambikla bidang lain.  Pikir bah jangan ngabis masa ngaco orang,  Molah kolam ikan ka? Mun sik rumah homestay ka?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...