Nuff Head

23 September 2010

Pertandingan Facebook PBB bermula


KUCHING - Pertandingan Facebook PBB telah pun bermula dengan majlis penyampaian anugerah dijangka akan dilakukan pada akhir bulan Oktober ataupun awal bulan November. 

Abg Abdul Aziz

Ahli Biro Penerangan Pergerakan Pemuda Abang Abdul Aziz Abang Abdul Rauf berkata semua cawangan parti digalakkan turut serta dalam pertandingan ini kerana, antara lain, ia bertujuan membantu parti mengekal-kan kesemua kerusi parti dalam pilihan raya akan datang. 


“Sebenarnya pertandingan ini adalah untuk membantu cawangan-cawangan parti bersedia untuk pilihan raya yang akan datang dalam penggunaan platform media sosial.  

“Sekiranya sebelum ini kita hanya fokus dunia sebenar dalam kempen kita, untuk pilihan raya yang akan datang, parti berkehendakkan ahli-ahli parti aktif berkempen dalam dunia siber.  

“Salah satu platform yang kita boleh guna untuk berkempen di dunia siber ialah Facebook kerana ia menyediakan jaringan sosial yang luas dengan rakyat yang menjadi pengguna kepada media sosial ini,” kata Aziz ketika ditemui semalam.  

Pertandingan yang selanjutnya, yang juga untuk tempoh tiga bulan, akan bermula pada bulan November akan datang.  Untuk mendaftar menyertai pertandingan ini, cawangan-cawangan hanya perlu menjadikan UMB PBB Facebook sebagai rakan.  Untuk sebarang pertanyaan, Aziz boleh dihubungi di abangabdulaziz@gmail.com ataupun menghubungi UMB PBB dalam Facebook. 


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...