Nuff Head

08 September 2010

Penghijrahaan Umar Al-Khatab ke Munawarah

gambar hiasan

Adapun Umar Al-Khatab r.a seorang pemuda memang dikenali ramai oleh setiap penduduk-penduduk Makkah kerana kegigihanhya sifat keberaniaan dan keperwiraannya yang luar biasanya.
Takkala tentera islam menjadi lemah disaat mulanya , Baginda Rasulullah s.a.w memohon doa kepada Allah s.w.t supaya Umar r.a yang memeluk islam .Asbabnya akan mendatangkan semangat kekuatan yang baru terhadap tentera-tentera islam.
Maka Allah s.w.t telah mengkabulkan doa dari seorang kekasihNya.

Abdullah bin masood r.a berkata ,

"Kami tidak dapat mengerjakan solat di Haram(masjidil Haram) sehingga Umar r.a memeluk islam".

Ali r.a pula menerangkan

Segolongan penduduk-penduduk islam yang pada mulanya berhijrah ke Madinah meninggalkan Makkah secara diam-diam dan secara rahsia kerana takut pihak-pihak Qurias .Tetapi apabila beliau dipilih untuk berhijrah ,beliau telah menggantungkan pedang-pedangnya di sekeliling lehernya , memegang busar di tangannya dan mengambil beberapa jumlah anak panah bersamanya.Beliau mula melangkahi ke Haram(masjidil haram) ,
seraya mengerjakan Tawaf ,solat dengan penuh ketenangan dan kemudian beliau terus menemui golongan yang bersubahat dengan pihak Qurais masa itu seraya berkata ,


"Sesiapa diantara kamu yang tidak terasa apa-apa sekiranya ibunya menangis meratapinya ,isteri-isterinya menjadi balu dan anak-anaknya bergelar yatim-piatu , maka bolehlah dia keluar dari kota Mekah ini untuk menghalang dan menghadapi daku ".

Akhirnya tiada seorang pun dikalangan mereka ini berani menyahut cabaran Umar r.a.

Ada riwayat menceritakan jangan kata manusia, iblis sendiri dan Mahluk-mahluk lain takut akan Syaidina Umar r.a kerana ketinggian tingkatan ketakwaannya kepada Allah.

Nabi s.a.w juga pernah bersabda lebih kurang berbunyi "Jika adanya seorang Nabi selepasku maka Umar lah orang itu.".Wallah hu Alam.

9 ulasan:

  1. Salam ramadhan yang menyusul pergi dan selamat aidifitri yg bakal menjelma!!

    BalasPadam
  2. siapakah pemuda sehebat (mempunyai separuh kehebatan beliaupun takpelah) di akhir zaman ini?

    *************************************************

    1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

    2. Semoga segala doa, ibadah dan taubat kita dimakbulkan-Nya dan semoga berbahagia dunia akhirat.

    3. Terima kasih sudi menjalin silaturrahim yang sungguh bermakna & berkongsi pengalaman yang sangat berharga.

    4. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan.

    5. Berhati-hati di jalanraya.

    BalasPadam
  3. SALAM,

    LF MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. SEMOGA AMALAN KITA DI BULAN RAMADHAN DITERIMA OELH ALLAH SWT

    BalasPadam
  4. beliau mempunyai karamahnya yang tersendiri, dalam satu perang menentang rom@parsi saidina umar pnah berteriak di atas mimbar mengarahkan tentera islam berwaspada dengan serangan dari belakang sedangkan tentera islam jauh beribu batu ketika itu. tentera islam mendengar suara tersebut dan akhirnya berjaya mengalahkan golongan kuffar itu

    BalasPadam
  5. salam,

    saidina umar memang berani semasa peristiwa hijrah pun saidina umar berhijrah secara terang-terangan orang kafir Quraisy pun takut nak halang..

    p/s: tak salah kita nak doakan orang bukan islam masuk islam seperti yang dilakukan Nabi SAW..

    BalasPadam
  6. pancat ,Semoga semua amalan kebaikan kita sepanjang ramadhan yang mulia ini diterima Allah.Aid Mubarak

    BalasPadam
  7. piewahid,semoga Allah pelihara perhubungan kita semata-mata kerana Allah.

    BalasPadam
  8. cemomoi dan penjejak maya,
    Sahabat r.a adalah seumpama bintang-bintang dilangit , apabila sesat dipadang pasir atau dilautan maka bintang-bintang ini sebagai penunjuk arah.meraka ini direda oleh Allah dan reda pada Allah.Radiallahuanhu.Tingkatan keimanan mereka ini sangatlah tinggi , memang sukar ditandingi,jangan kata mereka , debu ditapak kaki kuda mereka tidak mampu kita tandingi.

    Penjejak maya , cita-cita Nabi saw adalah tidak seorang pun umatnya hata bayi yang terakhir lahir di dunia ini masuk neraka Allah.walallahualam.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...