Nuff Head

05 September 2010

MAJLIS TERTINGGI PBB BERMESYUARAT PADA HARI AHAD INI

KUALA LUMPUR, 3 SEPT (BERNAMA)

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi parti di Kuching Ahad ini.  

Setiausaha Agungnya, Dr Stephen Rundi, mengesahkan perkara itu, tetapi tidak menyatakan perkara yang akan dibincangkan.  




Bagaimanapun Naib Yang Di Pertua Kanan II parti itu Datuk Seri Douglas Unggah Embas yang dihubungi berkata mesyuarat itu mungkin membincangkan persiapan untuk menghadapi pilihan raya negeri yang dijangka diadakan tahun depan.  


Namun demikian, Unggah yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata tiada agenda khusus ditetapkan bagi mesyuarat itu.  


Seorang lagi anggota Majlis Tertinggi parti itu, Datuk Alex Nanta Linggi yang juga Anggota Ahli Parlimen Kapit, berkata mesyuarat berkenaan dijangka membincangkan isu semasa dan membincangkan tentang pentingnya Presiden parti Tan Sri Abdul Taib Mahmud terus menerajui pentadbiran Sarawak sebagai Ketua Menteri.  




Mesyuarat khas yang dipanggil oleh Timbalan Presiden Tan Sri Alfred Jabu dan dihadiri semua anggota majlis tertinggi parti komponen BN negeri itu di Miri pada Isnin, sebulat suara meminta Taib terus memimpin Sarawak.


 Mukapetang: Kita tunggu nanti kalau ada isu hangat atau muka-muka baru yang akan di ketengahkan.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...