Utusan Borneo
by Watt Zacchaeus
September 4, 2010, Saturday
by Watt Zacchaeus
September 4, 2010, Saturday
Pemilik tanah, pemaju perlu bersama pastikan pembangunan dilaksana tanpa masalah
SIBU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mahu pemilik tanah dan pemaju di bahagian ini sentiasa bekerjasama bagi memastikan pembangunan di bandar Sibu dapat dilaksanakan tanpa membawa sebarang masalah.
IKHLAS: Medan (dua kiri) menyampaikan sumbangan berupa replika cek kepada Taib yang menerimanya bagi pihak PERYATIM Cawangan Sibu, semalam. |
Pembangunan yang dilaksanakan tanpa menimbulkan sebarang masalah daripada kedua-dua pihak kata Taib, akan menjamin pembangunan yang berterusan di bahagian ini bagi manfaat rakyat dalam jangka panjang. Jelasnya, para pemilik tanah yang sudah mempunyai surat pemilikan tanah yang sah boleh berunding dengan pemaju yang ingin memajukan sesebuah kawasan terlebih dahulu.
“Pemaju tidak boleh sesuka hati merampas hak anda kerana anda mempunyai surat pemilikan tanah yang sah dan tidak perlu risau tentang perkara terbabit.
“Anda (pemilik tanah) perlu berbincang dengan pemaju terlebih dahulu sebelum pemaju melaksanakan sesuatu pembangunan di kawasan anda.
“Pelaksanaan pembangunan hanya boleh dibuat melalui persetujuan daripada anda dan pemaju sahaja. Jika anda tidak mahu, pemaju tidak dapat berbuat apa-apa,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap selepas mengadakan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Besar An-Nur di sini, petang semalam.
Selepas itu, Taib turut menyampaikan geran pemilikan tanah kepada lebih 100 penduduk di Kampung Datu Lama dan Kampung Hilir, menyerahkan sumbangan kepada 51 orang wakil jawatankuasa masjid dan surau bagi bahagian Sibu serta menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Mohd Naroden Majais, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Putit Matzen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap ADUN Jemoreng Abu Seman Jahwie dan Residen Bahagian Sib Sim Kok Kee.
Pada majlis yang sama, Petronas Wilayah Sarawak turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM1.5 juta kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak (PERYATIM) Cawangan Sibu yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Bahagian Perkhidmatan Korporat Petronas Wilayah Sarawak Mohamad Medan Abdullah kepada Taib.
Menurutnya, pembangunan yang dilaksanakan haruslah mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak (pemilik tanah dan pemaju) dan tidak mahu perbalahan berlaku antara kedua-dua pihak itu.
“Kerajaan tidak mahu berlaku ketegangan antara dua pihak dalam merebut sesuatu hak pemilikan di sini sehingga menimbulkan keadaan huru-hara yang boleh mengakibatkan tercetusnya pergaduhan."
“Biarlah pembangunan yang dirancang atau dilaksanakan mengikut undang-undang atau prosedur yang sepatutnya bagi manfaat kedua-dua pihak sekali gus kepada penduduk di Sibu,” katanya. Taib turut mengumumkan geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM100,000 kepada Masjid An-Nur bagi kegunaan masjid tersebut.
Sebanyak RM51,000 peruntukan telah digunakan untuk sumbangan kepada masjid dan surau di bahagian ini yang bertujuan membantu dari segi kewangan bagi membiayai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh masjid dan surau semasa bulan Ramadan ini.
mukapetang: Dalam kekecohan Wong Ho Leng menghilangkan diri selepas banjir KM turun padang pula untuk menyambut Ramadhan bersama penduduk Sibu. Isu tanah yang digemparkan terhadap penduduk Sibu kini terjawab dengan pembahagian geran tanah kepada penduduk Kampung Datu Lama dan Kampung Hilir. Sesungguhnya kerajaan negeri Sarawak mempunyai pentadbiran yang terancang dan teratur kalau dibandingkan dengan kerajaan Selangor yang kucar-kacir. Sekiranya DAP dan PKR berjaya bertapak di Sarawak bukan sahaja isu korek pasir dengan tanah perkuburan orang Islam pun kena korek. Kerajaan yang tidak mempunyai sistem pentadbiran yang elok memang akan memudaratkan rakyat dengan pemimpin yang gila kuasa dan saling bertikam lidah untuk mencari kesalahan. Namewee yang memburukkan Malaysia pun bersetuju kalau DAP mengikut model Singapura di mana struktur pentadbiran seumpama sistem komunis maka habislah peluang kepada rakyat tempatan. Rakyat asing terutama sekali rakyat dari China akan bermaharaja lela membuat perniagaan sesuka hati mereka tanpa mempedulikan adat resam di sesuatu kawasan, ialah mereka ni tidak mempunyai pegangan agama cuma sekadar ikut arahan kalau tidak bukanlah nama mereka komunis di mana semua di sama ratakan tetapi penduduk asli dan tempatan akan ditindas hanya untuk kepentingan bangsa mereka sahaja. Kalau tidak percaya ikutilah permintaan DAP yang hanya mementingkan bangsa mereka sahaja. Inilah yang dikatakan demokrasi sedangkan mereka sendiri mementingkan hak mereka sahaja. Bayangkanlah sekiranya DAP berkuasa maka seluruh tanah akan menjadi milik kaum Cina sahaja dan orang bumiputera cuma dibenarkan duduk di atas pokok macam cerita P Ramlee. Fikirlah dan renungkanlah contoh terbaik di Pulau Pinang dan Singapura.
0 ulasan:
Catat Ulasan