Nuff Head

05 September 2010

Kunci PKR pada siapa?

Kunci apa agaknya sedang disimpan pada Azmin Ali? Memanglah dia pegang kunci tetapi pandailah golongan PKR ni cari publisiti.  Kalau nak masuk Utusan bukan senang, banyak halangan kena lepas barulah dapat ke meja pencetakan. Sedar tak sedar publisiti murahan ini dah bertahan sejak 2007. Apakah Utusan tidak mempunyai sumber untuk dilaporkan lagi hanya sekadar mengorek cerita lama PKR?  
Azmin ada kunci Anwar?


Memang kita sedar Parti Kelentong Rakyat ni kaki kelentong?  Nak masuk Sarawak, nak gulingkan kubu BN dan juga Presiden PBB selaku KM di Sarawak?

Tahun lepas Sarawak digelar sebagai kunci kerajaan PKR? Tahun ni pula Azmin Ali pegang kunci Anwar?  Adakah Azmin Ali akan diturunkan ke Sarawak untuk memegang kunci PKR?  Tidak mustahil bagi PKR sebab kalau nak harap dengan Baru Bian yang asyik tumbang mungkin takde kerusi langsung untuk PKR kelak!! 

Iyalah dia tu pun baru nak berjinak dalam PKR dulu asyik tenggelam dalam Sungai Sarawak sampai main lompat parti tukar parti asalkan dapat jadi menteri.  Kempunanlah Baru Bian kalau dapat tahu Azmin Ali nanti pegang kunci PKR?

Kalau dipikirkan memanglah logik sebab Menteri Besar Selangor pun dia boleh potong, inikan pula Baru Bian?  Nasib baik orang Sarawak yang lain tak undi Baru Bian dari dulu lagi... kalau tidak merana badanlah nampaknya.  

Kalau Azmin Ali pegang kunci PKR Sarawak ni memang takde harapanlah orang Sarawak lebih-lebih lagi Baru Bian nak mimpi jadi Menteri.  Agaknyalah memang semua jawatan menteri dia dan geng dia sahaja yang pegang.  Orang Selangor semua la jadi menteri manakala Baru Bian tadi cuma sekadar tiket untuk meraih kerusi.  Dalam satu malam sahaja, Ketua Menteri boleh ditukarkan disebabkan parti yang tidak ada perlembagaan.  Perlembagaan negara pun mereka tak hormat apakan lagi perlembagaan parti mereka? 

Mereka mungkin menjatuhkan Baru Bian dalam satu malam paling cepat dan satu minggu paling lambat kononnya disebabkan oleh Presiden dari KL suruh.  Baru Bian ni pula baru seminggu jadi KM kononnya terus ditukar menjadi Menteri Muda dengan alasan tidak cukup pengalaman berurusan dengan PKR Pusat.  

Macam kita tak tahu dalam satu malam semua benda boleh jadi.  Kalau nak selamat keluar lah awal-awal dari PKR. Akal dan otak yang ada tu pakailah apa tunggu lagi? Tunggu harta, tanahair dan maruah tergadai baru nak sedar PKR tu Parti Kelentong Rakyat!!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...