September 3, 2010, Friday
KUCHING: Kawasan seluas 16,000 hektar di Tanjung Manis akan diwartakan sebagai Kawasan Ekonomi Khas.
Pengerusi Eksekutif Tanjung Manis Halal Hub Datuk Norah Abdul Rahman ber-kata, kawasan tersebut me-rangkumi Jerijeh, Paloh dan Belawai.
Proses kelulusan antara enam bulan dan setahun itu dijangka merancakkan lagi kemasukan pelabur di Tanjung Manis.
“Kertas cadangan akan dibentangkan dalam mesyua-rat kabinet negeri sebelum dikemukakan kepada kerajaan persekutuan.
“Proses ini membabitkan insentif cukai kepada para pelabur yang menanam modal di situ,” katanya pada majlis berbuka puasa di sini, kelmarin.
Pada masa ini, para pelabur menikmati insentif diperuntukkan oleh MIDA, insentif hab halal, elektrik, air dan tanah.
Hab Halal Tanjung Manis menurut Norah yang juga Ahli Parlimen Tanjung Manis, menekankan industri moden berteraskan amalan teknologi hijau dan mesra alam.Selain pelbagai insentif tersebut, para pelabur asing diyakini tertarik dengan beberapa faktor di Sarawak.
Ia merangkumi keselamatan, kestabilan politik dan bakal menyediakan tenaga elektrik berpatutan.
“Malaysia dilihat oleh para pelabur asing sebagai negara cepat membangun,” katanya.
Baru-baru ini Norah me-nyertai rombongan mempromosi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) diketuai Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di London.
Tanjung Manis merupakan antara kawasan yang diliputi dalam SCORE.
Menurut beliau, antara soalan kerap ditanya dalam lawatan itu ialah berkaitan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).
“Selepas kami bentangkan EIA, mereka nampaknya begitu kagum dengan usaha kita meminimumkan kemusnahan alam sekitar kesan aktiviti pembangunan ekonomi,” katanya.
Menurut beliau, Tanjung Manis dibangunkan berteraskan aspek rekreasi, kediaman dan industri.
mukapetang: Senang hati mendengar pembangunan yang begitu rancak di seluruh Sarawak. Dapatlah penduduk tempatan turut bersama menikmati kemudahan prasarana yang dijanjikan. Semoga Sarawak terus maju.
0 ulasan:
Catat Ulasan