UTUSAN BORNEO
September 4, 2010, Saturday
SIBU: Wartawan memain kan peranan yang penting dalam masyarakat terutama dalam membentuk minda dan pemikiran orang ramai.
Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Dato Sri Wong Soon Koh ber kata, wartawan tidak hanya berperanan menyampaikan maklumat, mendidik dan menghiburkan orang ramai.
“Sebagai sebuah institusi media, apa yang anda tulis adalah lebih rasmi, berpengaruh serta boleh diterima orang ramai. Atas sebab itu, sebagai seorang wartawan, anda harus menulis dengan tepat serta mempunyai objek tif,” katanya ketika berucap pada Malam Persatuan War tawan Sibu (SJA), malam kelmarin.
Hadir sama ialah Menteri Muda Perumahan dan Pem bangunan Bandar Datuk Dr Soon Choon Teck, Menteri Muda Pemodenan Pertanian Datuk David Teng, pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King dan timbalannya Daniel Ngieng.
Sambil menyifatkan war tawan sebagai pemerhati, Wong berkata wartawan dan ahli politik harus saling bantu membantu antara satu sama lain.
Beliau juga menyeru warta wan agar menghindari isu-isu yang sensitif, terutama yang berkaitan dengan sesebuah kaum dan agama.
“Anda harus berhati-hati apabila menyentuh isu sensitif bagi mengelak sebarang ke jadian yang tidak dikehendaki seperti pergaduhan antara kaum dan sebagainya,” kata Wong.
Pada majlis sama, turut berlangsung penyampaian insentif pendidikan kepada anak-anak ahli SJA serta bagi peraduan fotografi sempena Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) yang lepas.
mukapetang: Anak-anak ahli SJA turut sama menikmati insentif dalam arus pembangunan. Semoga para wartawan bersama membawa perubahan kepada masyarakat dalam membawa arus pembangunan kepada semua.
0 ulasan:
Catat Ulasan