Nuff Head

08 September 2010

Najib Beri Tumpuan Yang Lebih Kepada Sabah Dan Sarawak, Kata Pairin

KENINGAU, 5 Sept (Bernama) - Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jauh berbeza dengan pemimpin terdahulu terutama daripada segi layanan yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak, kata presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata Najib lebih banyak memberikan tumpuan kepada negeri Sabah dan Sarawak, dan sentiasa terbuka dalam menerima cadangan serta penglibatan daripada semua pihak menerusi konsep 1 Malaysia.



Katanya sokongan padu rakyat di negeri Sabah Kepada Barisan Nasional dan pucuk kepimpinan adalah atas keyakinan rakyat bahawa Sabah akan mencapai transformasi kemajuan di bawah kerajaan sekarang.

Katanya sokongan padu rakyat di negeri Sabah kepada Barisan Nasional dan pucuk kepimpinan adalah atas keyakinan rakyat bahawa Sabah akan mencapai transformasi kemajuan di bawah kerajaan sekarang.

Menurutnya berbeza dengan kepimpinan terdahulu , Perdana Menteri sekarang banyak memberikan tumpuan yang khusus kepada negeri Sabah dan Sarawak, dan sentiasa terbuka dalam menerima cadangan serta penglibatan daripada semua pihak menerusi konsep 1 Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian Sook yang diadakan di sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...