Utusan Borneo
by Adib Othman
September 5, 2010, Sunday
by Adib Othman
September 5, 2010, Sunday
Ia menghidupkan tradisi lama, menjadi tarikan pelancong dan mengeratkan silaturahim
KUCHING: Pesta Bertuntung (pelita) Aidilfitri 2010 mampu menghidupkan kembali tradisi lama, kata Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.Katanya, pesta tersebut adalah untuk memastikan budaya tradisional bertuntung tidak pupus serta menjadi tarikan pelancong bagi menyaksikan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sarawak.
“Sarawak memang unik sebab kita ada budaya bertuntung tetapi disebabkan pemodenan, kita semakin lupa dengannya.
“Dahulu tuntung digunakan untuk menerangi jalan untuk memudahkan orang berjalan mengerjakan terawih dan sebagainya pada bulan Ramadan, ketika kita belum menikmati kemudahan elektrik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Bertuntung yang dianjurkan bersama oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Berita Harian dan Pejabat Ahli Parlimen Petra Jaya Fadillah Yusof malam kelmarin. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ahli Parlimen Petra Jaya Fadillah Yusof yang juga Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Bandar DBKU Mohd Atei Abang Medaan, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Anthony Firdaus Bujang, Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd Datuk Mior Kamarul Shahid dan Pengarah Pemasaran NSTP Zuraida Mohamad.
Selain itu, Abang Johari menambah bahawa pertandingan bertuntung mampu mengeratkan silaturahim di kalangan penduduk kampung yang terlibat. Katanya, ia mampu menyemarakkan semangat kejiranan dan semangat muhibah apabila semua pihak sama-sama bekerjasama untuk menghias kampung masing-masing.
“Bertuntung adalah satu peristiwa yang penting di mana kita saling bekerjasama membina pintu gerbang, membeli minyak untuk membakar pelita dan menuntut penglibatan semua orang untuk menjaga pelita di hadapan rumah masing-masing.
“Akhirnya hubungan antara satu sama lain akan menjadi akrab sekali gus menyemarakkan semangat muhibah dan kejiranan,” katanya. Beliau turut berkata, acara seperti ini sangat penting memandangkan pada zaman sekarang ramai orang luar datang berhijrah ke Bandar dan tidak mengenali jiran masing-masing.
Pada masa yang sama, beliau turut menyarankan agar pemilik stesen minyak memberi subsidi minyak kepada penduduk kampung berdekatan untuk sama-sama menjayakan pertandingan tersebut. Pertandingan bertuntung pada tahun ini melibatkan 11 kampung di sekitar Kuching dan 22 buah rumah persendirian dan bermula dari tujuh likur (7 September) sehingga awal bulan Syawal ini.
Hadiah yang ditawarkan adalah untuk kategori kampung, hadiah berupa wang tunai RM7,000 untuk johan, RM5,000 untuk naib johan, RM3,000 untuk tempat ketiga, RM1,000 untuk tempat keempat, RM700 untuk tempat kelima, RM 500 untuk tempat keenam dan RM300 untuk tempat ketujuh.
Untuk kategori rumah pula, johan akan menerima RM1,000, diikuti RM700 untuk naib johan dan RM500 untuk tempat ketiga.
mukapetang: Meriahnya suasana Aidilfitri di kawasan Satok. Silalah berkunjung untuk menyaksikan sambutan pelita minyak tanah, pintu gerbang dan mungkin berpeluang melihat rumah yang dihias dengan lampu warna-warni.
salam ,meriah jak kampug2.
BalasPadamAlhamdulillah, memang bertambah meriah lagi suasana 7 likor di Satok. Jemputlah menjenguk kampung-kampung di Satok ini. Jangan lupa bawa kamera untuk mengisi ruang di dalam blog saudara.
BalasPadam