Kisah nasib warga Bangladesh yang ditipu majikan yang sebelum ini reda kini timbul semula.
Sekumpulan 30 pekerja warga Bangladesh terpaksa mengikat perut dan hanya minum air paip ekoran tindakan majikan mereka yang didakwa enggan membayar gaji sejak dua bulan lalu.
Tidak cukup dengan itu, semua rakyat asing berkenaan mendakwa majikan tersebut tidak mahu menyerahkan pasport bagi membolehkan mereka pulang ke negara asal walaupun berkali-kali didesak.
Menurut wakil kumpulan itu, Abdul Malak Elahibox, 28, dia dan rakan-rakannya yang bekerja dan tinggal di sebuah kilang kayu di Meru di sini sejak tiga tahun lalu sudah hilang sabar dengan majikan.
Dakwanya, majikan bukan sahaja membayar gaji sesuka hati tetapi mereka sering dimarahi setiap kali cuba menuntut gaji bulanan termasuk tunggakan kira-kira RM1,000.
"Dalam dua tiga hari ini, kami terpaksa berlapar dan hanya minum air paip kerana tidak mahu meminta bantuan lagi daripada kawan-kawan di kilang lain," katanya selepas membuat laporan berhubung tindakan majikan mereka di Balai Polis Meru, di sini semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, pihaknya telah berjumpa dengan pengadu serta majikan dan meminta mereka menyelesaikan masalah itu secara baik.
source: kosmo
source: kosmo
0 ulasan:
Catat Ulasan