Pasangan selebriti Luna Maya dan Ariel Peterpan mendakwa tidak terbabit dalam aksi lucah seperti rakaman video yang didakwa dilakukan mereka.
Portal berita, Kompas.com, semalam melaporkan pasangan kekasih itu tidak tahu menahu mengenai video itu dan menafikan ada kaitan dengannya.
Bagaimanapun, penafian itu tidak dibuat Luna, 26, atau Ariel, sebaliknya jurucakap syarikat pengeluar sabun Lux, PT Unilever Indonesia, Sancoyo Antarikso. Luna adalah model yang digunakan syarikat itu untuk mempromosi produk jenama Lux.
Kata Sancoyo, pihaknya menerima pengakuan bertulis daripada Luna dan Ariel - atau nama sebenarnya, Nazriel Irham - mengenai isu itu. “Kedua-dua mereka mendakwa video itu dipalsukan,” katanya.
Video aksi panas sepanjang enam minit itu mula beredar secara meluas di Internet pada Khamis lalu dan kini menjadi buruan kebanyakan orang.
Sancoyo berkata, syarikatnya bercadang mengadakan pertemuan dengan Luna bagi membincangkan kerja sama di antara kedua-dua mereka.
Sementara itu, pemerhati berkata, Luna dan Ariel seperti enggan membawa kes berkenan ke muka pengadilan.
Dihubungi semalam, polis Jakarta berkata, mereka tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak mengenai isu itu.
Jurucakap polis berkata laporan biasanya dibuat apabila ada pihak berasa mereka dianiaya. “Disebabkan belum ada laporan dibuat, tiada apa yang kami boleh lakukan,” katanya.
source:metro
0 ulasan:
Catat Ulasan