Nuff Head

02 Jun 2010

Saya bukan Ratu Agama, Kata Rima Fakih

WASHINGTON Rima Fakih, warga Amerika keturunan Lubnan yang juga Miss USA 2010 dari Michigan yang berfahaman liberal Islam, mendedahkan bahawa beliau sama seperti kebanyakan gadis 24 tahun seusianya jika ditanya berkenaan isu sensitif itu.

Beliau seorang yang terbuka dan berbangga dengannya “Saya adalah Ratu AS bukan Ratu Agama AS”. Penemuramah, David Charles dari Patheos menulis dalam sesi pembukaan tulisan bersama Rima bahawa jelitawan muda itu turut membalas kecaman berhubung isu agama dan dirinya yang dijadikan contoh.


Katanya: “Kalangan profesional yang menimbulkan pertikaian tertanya-tanya sama ada anda seorang perisik untuk kumpulan pelampau Islam radikal Hizbullah, atau sama ada kejayaan anda berikutan tindakan pengesahan yang dimainkan dalam satu pertandingan ratu cantik.

Jawapan Rima ialah beliau dan keluarganya menghormati semua agama namun tidak dibatasi oleh mana-mana ajaran. “Ya, kami sebuah keluarga Islam, namun kami cuba menyesuaikan diri dengan budaya dan mempunyai campuran pelbagai agama berbeza.

“Sebagai contoh, abang ipar saya penganut agama Katolik dan kakak saya sudah menukar agama selain anak saudara lelaki saya di Baptis,” katanya. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...