Nuff Head

04 Jun 2010

‘Wak Radin’ kutip sewa haram

Seorang warga 'Ganyang Malaysia' (Indonesia) meraih RM26,000 sebulan apabila menyewakan Kondominium Angsana Hilir, Ampang dekat sini, yang belum siap sepenuhnya kepada 192 penyewa termasuk 84 warga asing Indonesia dan Myanmar tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. 

Lelaki yang dikenali sebagai Wak Radin yang dianggap sebagai ‘pak lurah’ di kalangan penyewa terbabit dikesan menyewakan 48 unit di tingkat satu hingga enam kondominium berkenaan kepada penyewa sejak setahun lalu, sebagai jalan mudah mendapatkan wang. 


Bertindak atas aduan orang ramai, lelaki terbabit berjaya ditahan bersama penyewa dalam operasi bersepadu bermula jam 4.30 pagi, yang diketuai Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Jabatan Imigresen.

Abdul Jalil berkata, hasil siasatan dilakukan mendapati Wak Radin mengenakan sewaan RM500 sebulan untuk satu unit selain melakukan penyambungan bekalan air dan elektrik secara haram.

“Kita sudah menahan Wak Radin untuk siasatan. Kita hairan bagaimana beliau melakukan penyambungan bekalan air dan elektrik,” katanya, semalam.

source: metro

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...