Rochom P'nhieng yang diberi jolokan sebagai wanita hutan di Kemboja kerana tinggal di dalam hutan bersendirian sejak kecil telah ditemui di dalam lubang sebuah tandas sedalam 10 meter selepas dia melarikan diri dari rumah ibu bapanya Jumaat lepas.
Bapanya, Sal Lou, berkata, anak perempuannya itu ditemui selepas seorang jirannya yang keluar untuk menggunakan tandas terdengar tangisan meminta tolong dari dalam lubang itu.
Sal Lou dan beberapa penduduk kampung bergegas ke tempat kejadian dan mereka menemui P'nhieng di lubang itu dengan badannya ditenggelami najis hingga ke paras dada.
"Penduduk kampung menarik keluar anak perempuan saya dari lubang tandas tersebut dan membersihkan badannya tetapi dia kelihatan pucat dan lemah," kata Sal Lou.
P'nhieng, dipercayai berumur 29 tahun, telah ditemui di hutan di wilayah Ratanakkiri pada Januari 2007 dan dia diakui oleh Sal Laou sebagai anaknya yang hilang pada 1988 ketika keluar menggembala kerbau.
Anggota-anggota keluarga wanita itu berkata, pada bulan lepas, P'nhieng menanggalkan pakaiannya dan melarikan diri semula ke hutan.
source: kosmo
0 ulasan:
Catat Ulasan