Ghana masih mengekalkan cabaran sebagai satu-satunya wakil benua Afrika pada Piala Dunia 2010 selepas me- layakkan diri ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah penyertaan mereka.
Kejayaan menewaskan Amerika Syarikat (AS) 2-1 pada pusi- ngan kedua awal pagi semalam ternyata cukup manis terutama selepas menyaksikan kemerosotan prestasi wakil Afrika lain seperti Cameroon, Nigeria, Algeria, Ivory Coast dan tuan rumah, Afrika Selatan yang terkandas seawal pusingan pertama lagi.
"Kami telah membuatkan semua orang bangga dengan kami bukan sahaja rakyat Ghana sahaja tetapi juga seluruh warga Afrika," kata penyerang, Asamoah Gyan yang menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan.
Kemenangan itu membolehkan Ghana menempah pertemuan dengan Uruguay pada suku akhir dan jika menang mereka bakal maju setapak lagi untuk mencatat sejarah lebih besar.
"Sayang sekali tidak ada wakil Afrika lain bersama kami. Agak mengecewakan, namun kami perlu berjuang habis-habisan bukan sahaja untuk kami tetapi untuk menebus kehampaan mereka dan Afrika.
"Kami sekarang membawa maruah Afrika yang kini berada di belakang kami dan inilah yang me- nguatkan semangat kami untuk terus berjuang," kata seorang lagi penyerang, Dede Ayew.
Semangat membara itu memang dibuktikan dengan jelas apabila Ghana mudah merobek gawang AS seawal minit kelima apabila Kevin-Prince Boateng menjaringkan gol pertama.
Walaupun Landon Donovan menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada babak kedua, Ghana yang dikenali dengan gelaran 'Bintang Hitam' mampu bangkit menerusi sepakan lambung Gyan.
"Kami memerlukan kekuatan ketika itu dan ternyata kami memilikinya," kata jurulatih Ghana, Milan Rajevac yang kini berjaya meletakkan negara itu dalam kelompok lapan pasukan terbaik dunia.
source: kosmo
0 ulasan:
Catat Ulasan