JOHANNESBURG – England dan Amerika Syarikat (AS) bernasib baik.Mereka akhirnya berjaya menempah slot ke pusingan kedua Piala Dunia 2010.Semalam, kedua-dua pasukan mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing yang menyaksikan AS menewaskan Algeria 1-0 dan England pula mengalahkan Slovenia dengan jumlah jaringan yang sama.
Berdasarkan aksi England dan Ameria Syarikat sepanjang kempen di Afrika Selatan kali ini, perjuangan mereka diramal berakhir pada pusingan kedua nanti.
Kualiti yang kedua-dua pasukan pamerkan tidak akan membawa mereka pergi jauh.Dengan berakhirnya aksi Kumpulan C semalam, Amerika Syarikat menjuarai kumpulan itu diikuti England di tempat kedua.
Kemenangan England ke atas Slovenia diperoleh menerusi jaringan Defoe sementara Landon Donovan melakukannya untuk Amerika Syarikat pada minit-minit terakhir permainan.England dan Amerika Syarikat menamatkan saingan dengan mengumpul lima mata tetapi Amerika Syarikat muncul juara kumpulan berdasarkan kelebihan jaringan.
Slovenia yang menang 1-0 ke atas Algeria sebelum seri 2-2 dengan Amerika Syarikat pada dua aksi terdahulu terpaksa berputih mata apabila sekadar menamatkan saingan di tempat ketiga dengan empat mata.Algeria pula di tangga terbawah dengan satu mata.
Pada aksi pusingan kedua nanti, Amerika Syarikat akan berdepan naib juara Kumpulan D pada awal pagi Ahad ini diikuti England bertemu juara Kumpulan D pada malam Ahad ini.
sorce: kosmo
sorce: kosmo
Dimana mana, semua tahu, ini pertandingan bola piala dunia, ¿siapa yang mau menang?.......coba....... gampang.....¡SPANYOL!.
BalasPadamSalam kenal